Wednesday, May 22, 2013

YANG HALAL ITU FARDHU, YANG SEDAP DAN LAZAT ITU PERLU. Oleh itu kita wajib membeli dan memakan hanya yang HALAL.

Halal   حلآل
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.


Ada banyak ayat Al-Quran yang menyebut tentang makanan syubhah, contohnya ayat 168, surah Al-Baqarah:


  • Allah menyeru kepada semua manusia – maknanya termasuk orang yang bukan Islam juga. Disamping halal, Allah minta kita makan makanan yang toyyibah (baik).

Nabi SAW (hadis ke-6 dalam hadis 40 daripada Imam Nawawi) bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.”

Halal dan haram bukan sekadar bahannya, bahkan termasuk faktor-faktor lain seperti makanan yang diberi kepada haiwan, tukang sembelih, dan lain-lain. Perkara yang syubhah ini tidak jelas. Contohya: perisa ayam. Banyak yang perlu dipersoalkan – ayam itu disembelih atau tidak? Apakah makanan yang dimakan ayam itu? Atau boleh jadi perisa itu hasil campuran bahan kimia semata-mata. Makanan mempengaruhi tingkah laku manusia. Dan yang paling risau ialah hati kita. Hati terdiri daripada zat besi yang datang daripada daging yang kita makan.

Jika diperhatikan, hari ini berlaku banyak maksiat dalam masyarakat, yang ada kalanya lebih teruk daripada zaman jahiliyyah zaman Nabi SAW. Antara sebabnya adalah permakanan. Jika kita nak tanam buah yang baik, tanahnya perlu baik, bukan sekadar perlu baka dan baja yang baik. Oleh itu, soal pemakanan perlu diambil berat semenjak sebelum berkahwin lagi agar zuriat yang dilahirkan adalah yang lebih berkualiti.


Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:

  1. bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  2. tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  3. tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
  4. tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.

Pihak Berkuasa Yang Diiktiraf

Pihak berkuasa yang diiktiraf bermaksud pihak berkuasa JAKIM, JAIN atau MAIN mana satu yang berkenaan.

Hukum Syarak

Hukum Syarak bermakna undang-undang Islam dalam Mazhab Syafi’e atau undang-undang dalam mana suatu Mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang telah bersetuju oleh Yang di-Pertuan Agong dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh Raja bagi mana-mana negeri dikuatkuasakan dalam negeri itu.

Logo Halal

Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:
  1. bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  2. perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
  3. diikuti tulisan rumi “HALAL”;
  4. bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
  5. dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.



YANG HALAL ITU FARDHU, YANG SEDAP DAN LAZAT ITU PERLU.

Oleh itu kita wajib membeli dan memakan hanya yang HALAL.

No comments:

Post a Comment