Tuesday, June 25, 2013

Bila Harimau Selatan Mengaummmm....!!!!!!!!!!! Terima kasih Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail .



Kini zaman kegemilangan Bolasepak Negeri Johor telah kembali semula . Kejayaan yang menjadi satu kebanggaan kepada semua anak jati Johor. Stadium Larkin kembali sesak serta menjadi lautan merah biru dengan sorakkan tanpa henti tanda sokongan anak jati johor terhadap pasukan kesayangan dan harapan mereka. Inilah era kegemilangan pasukan bola sepak Negeri Johor yang sekian lama pencapaian Bola Sepak Johor selepas 1991 amat mengecewakan juga agak hambar dan sentiasa kencundang dalam setiap perlawanan mereka.

Namun ianya kembali pulih dan terus gemilang apabila Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah mengambil alih Jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (JOHOR FA) pada Fabruari 2012 demi rakyat Negeri Johor. Tunku Ismail yang merupakan seorang pemain polo serta anggota kesultanan pertama yang telah menyertai Tentera India sebagai kapten satu-satunya pasukan berkuda terbaik di dunia, di dalam Twitternya pada 26 Januari 2012, tujuan Baginda adalah untuk membuang politik dalam persatuan dan mengembalikan zaman kegemilangan Pasukan Johor, Baginda bertekad utk menaikkan martabat bolasepak serta sukan lain di negeri Johor. 

Perkara pertama yang telah Tunku Mahkota Johor lakukan adalah untuk memberikan tranfomasi kepada bola sepak Johor, Baginda juga berjanji untuk membawa bola sepak Johor kembali kezaman kegemilangan di era 80-an apabila Stadium penuh sesah dengan kehadiran penonton, penyokong serta peminat bola sepak.


Dengan itu, segala apa yang Tunku Mahkota Johor impikan telah membuahkan hasil setelah lampu limpah, kerusi yang baru dan selesa serta segala kemudahan bertambah baik seperti tandas dan lain-lain. Apa yang lebih menarik adalah set BAKET bangku pemain simpanan yang di import seperti yang di gunakan dalam Liga Perdana Inggeris adalah yang pertama di Malaysia. Kini Stadium Larkin penuh sesak dengan kehadiran tidak kurang dari 30,000 ribu peminat bersama baju dan bendera Merah Biru mewarnai setiap sudut Stadium Larkin, ianya adalah sesatu yang amat di banggakan dan sangat menajubkan bagi rakyat Johor.

Admin airsuam50 mengucapkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang telah membawa pembaharuan dan perubahan Pasukan Bola Sepak Negeri Johor serta perubahan semangat penyokong dan peminat bola sepak negeri Johor yang sekian lama telah pudar.



Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail sebagai Kapten pasukan berkuda terbaik tentera dalam rantau Asia, ini jelas menunjukkan kesedaran Tunku Mahkota Johor terhadap keperluan ketua yang mahir dan bijaksana, dan dia telah membuat langkah yang penting demi Untuk mengembalikan zaman kegemilangan Bola Sepak Negeri Johor dengan melamar pemain lagenda iaitu Fandi Ahmad untuk mengetuai serta melatih pemain Johor yang telah sedikit sebanyak menggemparkan rantau serta arena sukan Negara ini. Kini Fandi telah membalas keyakinan yang diberinya dengan kesetiaan selepas menolak tawaran untuk menjadi penolong pengurus pasukan negara Singapura,Terima kasih Fandi.

Semenjak Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail mengambil alih sebagai Presiden Johor FA, beliau telah menunjukan semangat dan tanggangung beliau dan telah menyaksikan setiap perlawanan pasukan tersayangnya bukan dari bilik VIP, seperti tamu terhormat yang lain, tetapi dari bangku padang bersama pengurus, jurulatih dan pemain gantian yang lain.






Semangat serta tanggung jawab yang telah di tunjukan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail telah menjadi ikutan dan menjadi tanggung jawab rakyat Baginda iaitu anak jati Johor untuk sama-sama memberi sokongan padu di setiap perlawanan pasukan kebangaan mereka, tidak kurang 30,000 ribu suara penyokong Johor bergemuruh tanpa henti di dalam setiap perlawanan dan walau di mana jua pun pasukan kesayangan mereka berada demi menaikan semangat semua pamain Johor untuk terus bermain dengan penuh semangat Negeri Johor.

Hari ini pemain Skuad Johor DT juga telah mengharungi fasa baru apabila menyaksikan prestasi berpasukan yang sangat baik, kemasukan pemain-pemain tempatan yang baharu, serta pengambilan beberapa pemain import yang berkualiti juga telah membantu lanskap bola sepak johor terus mekar sehinga terus melayakan Johor Daril Takzim ke Fainal Piala FA 2013 dengan menentang Kelantan pada 29 Jun 2013 di Satadium Nasional Bukit Jalil. 


"LUASKAN KUASA MU JOHOR"...!"LUASKAN KUASA MU JOHOR"...!"LUASKAN KUASA MU JOHOR"...!

MENGIMBAS KEMBALI SEJARAH BOLA SEPAK NEGERI JOHOR

1988 Menjuarai Piala Sultan Johor dan layak bertanding dalam Piala FAM
1994 Juara Piala FAM
1995 Juara Piala FAM
1996 Naib Juara Piala FAM
1997 Juara Liga Perdana 2, Kelab pertama yang bermain dalam Liga Perdana
1998 Tempat ke 5 dalam Liga Perdana 2 , Layak ke pusingan kedua Piala FA
1999 Tempat ke 3 Liga Perdana 2 , Pusingan pertama Piala FA
2000 Tempat ke 3 dalam Liga Perdana 2, Pusingan pertama Piala FA, Pasukan kelab pertama layak ke suku akhir Piala Malaysia
2001 Juara Perdana 2 dan dinaikkan ke Liga Perdana 1, Layak ke suku akhir Piala FA
2002 Menduduki tempat ke 6 dalam Liga Perdana 1, Layak ke pusingan kedua Piala FA
2003 Menduduki tempat ke 7 dalam Liga Perdana 1, Layak ke suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia
2004 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kump A, Menduduki tempat ke 4 Kumpulan D Piala Malaysia, Layak ke suku akhir Piala FA
2005 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kumpulan B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan C Piala Malaysia
2005/06 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kumpulan B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan B Piala Malaysia. Layak ke Liga Super 2006/07
2008 Menduduki tempat ke 4 dalam Liga Super dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia
Pada tahun 1972 di bawah Biro Sukan Persatuan Rekreasi Anggota pekerja PKENJ maka Kelab Bola sepak Johor (dahulunya PKENJ FC) telah ditubuhkan. PKENJ FC mula menyertai pertandingan bolasepak dalam Liga PBJB dan memenanganinya hampir setiap tahun.

PKENJ telah layak bertanding dalam Piala FAM Pada tahun 1988 dan seterusnya menjadi Juara Piala FAM tahun 1994 dan 1995, Naib Juara pada tahun 1996. Dengan kecekalan dan kesunguhan PKENJ dapat pula bermain dalam Liga Perdana 2 pada tahun 1997 hingga 2001 seterusnya menjadi Juara Liga Perdana 2 pada tahun 2001serta melayakan PKENJ bermain dalam Liga Perdana 1 pada tahun 2002 dan 2003.

Liga Super musim 2007-2008, Johor FC menjadi antara pasukan terhebat di Malaysia menduduki tempat ke-4 yang telah melayakkan Johor FC ke separuh akhir Piala Malaysia 2008. Di zaman kegimalangan itu pemain utama yang bermain untuk Johor FC ialah bekas pemain kebangsaan, Wan Rohaimi Wan Ismail, Eddy Helmi Abd Manan, Hamzani Omar danSumardi Hajalan (Bekas pemain bawah 23 tahun kebangsaan) serta di bantu oleh pemain import yang menyerlah bersama mereka ialah Jonathan Ben Angelucci (Australia), Walter Andrian Silva (Argentina), Gustavo Fuentes (Argentina), Moses Mondororou (Cameroon), Ante Juric (Australia) dan Aytek Genc (Australia).

Dengan di bantu oleh jurulatih yang berasal dari Argentina iaitu Raul Carizzo merupakan arkitek utama kebangkitan Johor FC ketika dizaman Piala FAM dimana beliau dapat membentuk skuad yang dianggap pelapis kepada skuad utama negeri Johor.

Darul Takzim FC atau Kelab Bola Sepak Darul Takzim (dahulunya dikenali sebagai Johor FC atau Kelab Bola Sepak Johor), merupakan salah sebuah kelab bola sepak yang terdapat di Malaysia. Kelab ini kini berada dalam Liga Super, iaitu liga tahap pertama dalam Liga Malaysia. Bermula musim 2013, pasukan ini dikenali sebagai Johor.


Admin.

1 comment: