Tuesday, May 21, 2013

Air Suam adalah yang terbaik.


Semua sedia maklum kebaikan minum air suam. 

Kebaikan meminum air suam:

1. Menguruskan badan
Berita baik bagi mereka yang sedang. Air suam tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air suam dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air suam dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air suam bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air suam menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkedut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air suam bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air suam juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air suam.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air suam tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

Bagi yang mempunyi masalah-masalah seperti berikut :

  1. Masalah tulang belakang bengkok atau Skoliosis, sakit pinggang dan sakit belakang
    Dengan mengamalkan minum air suam, masalah tulang belakang dan pinggang dapat dikurangkan kerana mereka yang mengamalkan minum air sejuk mengakibatkan tulang menjadi sangat keras dan sukar untuk dirawat. Oleh itu jalan alternatifnya adalah dengan menggunakan teknik tuaman pada masalah tersebut.
  2. Masalah sakit lutut
    Ramai orang muda mengalami masalah ACL akibat kecederaan sukan malah ada yang sudah membuat pembedahan. Tetapi tahukah anda bagi menjaga lutut untuk jangka masa panjang adalah dengan mengamalkan air suam? Fikirkanlah dan elakkan mengamalkan minum air sejuk atau ais walau dari peti sejuk.
  3. Masalah sakit-sakit badan, lenguh dan banyak angin
    Untuk mengelak dari sakit-sakit badan, lenguh dan banyak angin, anda perlulah mengamalkan minum air suam sebanyak 8 gelas setiap hari bagi memperkuatkan badan anda dalam melawan sebarang unsur yang menyebabkan penyakit. 

No comments:

Post a Comment