Dalam kesibukan kita dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari, cuba kita renung-renungkan suatu perkara yang wajib dalam kehidupan kita iaitu mandi WAJIB yang sering menjadi persoalan di kalangan umat islam antaranya, remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya.
Adakah selama kita melakukan cara yang betul semasa kita "MANDI WAJIB" ?
Mengapa Perlu Mandi Wajib
Setiap apa yang terjadi mesti ada sebabnya. Begitu juga dengan mandi wajib ini, mandi wajib bukanlah kena buat selalu tetapi ada sebab yang memaksa kita untuk melakukannya. - Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
- Keluar mani walaupun sedikit.
- Mati melainkan mati syahid.
- Keluar haid bagi perempuan.
- Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
- Wiladah atau melahirkan anak.
Jenis Niat Mandi Wajib
1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.
Doa Bahasa Arab.
Wajib meratakan air ke seluruh anggota badan seperti rambut, bulu-bulu yang terdapat pada anggota, kulit telinga yang di sebelah luar, kemaluan perempuan yang zahir di masa ia duduk membuang air kecil dan kemaluan lelaki dan perempuan yang sebelah belakang yang zahir di masa membuang air besar. Rambut yang terikat hendaklah diuraikan. Apabila salah satu anggota badan tidak dikenakan air, maka mandi itu masih belum dianggap sempurna sahnya.
Sunat Ketika Mandi Wajib
Sunat adalah perkara yang dituntut. Jika anda melakukannya anda mendapat pahala. Tetapi jika anda tidak melakukannya anda tidak mendapat apa-apa.
- mengadap kiblat
- membaca basmalah
- membasuh dua tapak tangan
- mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
- menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
- berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
- tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
- membasuh sebanyak tiga kali
Cara-cara Mandi Wajib
Beri tumpuan yang penuh agar memudahkan kita fahami.
- Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.
- Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
- Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
- Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
- Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
- Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
- Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
- Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.
Telah diriwayatkan oleh Saidatina Aishah r.a. tentang mandi Rasulullah s.a.w. Katanya, “Bahawa ketika Nabi s.a.w. mandi junub. Baginda memulakan membasuh kedua-dua tangan baginda. Kemudian, baginda mencurahkan air dan membasuh kemaluan baginda dengan tangan kiri. Seterusnya mengambil wuduk. Kemudian, baginda mengambil air dan menjirusnya ke kepala serta menyelit-nyelit pangkal rambut setelah air meresap ke seluruh pangkal rambut lalu dicurahkan air dari atas kepala sebanyak 3x. Kemudian meratakan air ke seluruh badan. Setelah itu, baginda menjirus bahagian kanan 3x dan bahagian kiri 3x.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
Bagi perempuan yang mandi wajib haid, disunatkn menggunakan sedikit kasturi atau benda yang agak wangi (halal) sedikit untuk membasuh dan membersihkan kesan-kesan darah dan bau yang tidak elok dengan cara meletakkan wangian itu di atas kapas dan memasukkannya ked lama faraj(kemaluan), sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
خُُُُُُُُُُذِىْ فُرْصَةً مِنْ مِسْكٍ فَتَطَهَّرِيْ بِهَا
Ambillah sedikit dari kasturi kemudian bersihkan dengannya.
No comments:
Post a Comment