Sunday, May 26, 2013

Akhlak terbaik dan terpuji adalah akhlak Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. dan pengemis yahudi buta


Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w. wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. 

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha. 

Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya. 

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku
memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.

Congratulations Malaysian Police for conducting a good job of maintaining peace and stability in the country.

BRAVO TO POLICE AND DO NOT BE INTIMIDATED BY THE OPPOSITIONS THREATS


BRAVO to the police for acting now before matters come to an uncontrollable stage. We hope the arrests of Tian Chua, Tamrin Ghafar and Harris Ibrahim is just the beginning of more to come.

Malaysians who love peace and harmony are fed-up with the antics of these people who do not respect the law and do not want to accept the democratic process of the general election.


The people have spoken through the process and it is only fair and democratic that every citizen accepts the results. But this people, led by the rebel rouser Anwar Ibrahim who is obsessed and thinks he should be the Prime Minister, have not only broken the law but worse is making the life of innocent citizen miserable with their weekly rallies.

Anwar and gang do not exactly want to contest the results of the general election but in reality they want to topple the duly democratically elected government.
This is a different story altogether – it is no longer a protest but a coup, a plan to topple the government through ‘back door’.

This is a no-no matter and not to be taken lightly because Malaysia is not a third world country anymore where anybody with sufficient support go to the streets and stage demonstrations, crippling the country’s police and armed forces as well as economy, strangling the duly elected Prime Minister to surrender to their demands.

It is good that the police are acting now – detaining those responsible including the organisers because this is the only way to stop them from further ‘corrupting the minds and hearts’ of the innocent to the extent that they may just go wild and take to the streets.

The speakers at these rallies did not actually explain the ‘unfairness’ during the election process as they claimed but instead incite the audience with their fiery speeches with wild and unfounded allegations.
This may lead to the audience who are young become ‘possess’ and may go to the street with their highly charged emotions and when this happen, violence will rule as the sane and rational minds ceased functioning.
The police know better about this subversive tactics and they know how to stop the ‘fire from spreading’ and their action now is lauded and supported by all Malaysians who love peace and harmony.
Acting now is the best option and the police should act without fear and do not be ‘cowed or softened and intimidated’ by the oppositions’ aggressive responses to these actions.

Just follow the law and let the oppositions cry in whatever ways they want because in the end, it is the policethat will be held responsible and the oppositions are good in playing the blame game.

Thus, continue with the good work and actions and do not stop until the country is free of these undesirable elements that are out to ruin not to make the country better.

Siapa Youssef Nada dan apa kaitannya dengan Pencipta ‘Malaysia Spring’.

Keterangan Gambar Menyatakan:  Bersama Anwar Ibrahim dan keluarga pemimpin pembangkang Malaysia pada tahun 1995.  Pada tahun 2012 Anwar Ibrahim berunding dengan Youssef Nada tentang ‘Malaysia Spring’ yang bakal berlaku.

Gambar dibawah ialah kulit buku di mana gambar di atas dicetak.





Gambar di atas diambil dari buku ‘Inside Muslim Brotherhood – Youssef Nada’ ditulis oleh Douglas Thompson.  Keterangan gambar menyatakan Youssef Nada bersama Anwar Ibrahim dan keluarga pemimpin pembangkang Malaysia itu pada tahun 1995.  Pada tahun 2012, Anwar Ibrahim berunding dengan Youssef Nada tentang ‘Malaysia Spring’ yang bakal berlaku. 


Youseff Nada adalah antara pencetus Arab Spring di mana beliau terlibat secara langsung dalam menggerakkan satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan.   Beliau melakukannya demi mewujudkan demokrasi di negara Arab dan bagi menentang kekejaman.   Dari gambar di atas, jelas bahawa hubungan Anwar dengan Youseff Nada adalah rapat, iaitu sebagai rakan keluarga dan bukan sekadar kenalan biasa. 

Jika masih ada yang ragu-ragu atau tidak percaya bahawa Anwar ingin mencetuskan Malaysia Spring, maka inilah bukti yang jelas yang dikemukakan secara tidak langsung oleh mereka yang terlibat dalam Arab Spring sendiri. 

Bagi yang enggan mencari kebenaran serta malas membaca mungkin tidak tahu bahawa kaitan Anwar dengan pertubuhan-pertubuhan Islam di negara Arab dengan CIA dan seterusnya pihak Neo-con telah bermula sejak di era 1970-an lagi iaitu ketika beliau masih menuntut di universiti.  Anwar dan orang-orang yang sealiran dengannya, aktivis ‘Islam’, buat kali pertama bertemu di Arab Saudi pada lewat tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an, ketika beliau masih menuntut di Universiti Malaya dan bergiat dalam organisasi Islam, termasuk The King Faisal Foundation atau The Faisal Foundation.

Kumpulan ini telah membentuk satu kumpulan generasi baru pemimpin-pemimpin ‘Muslim Brotherhood’ (Ikhwanul Muslimin) dengan pelbagai organisasi yang ditaja oleh Arab Saudi di seluruh dunia.  Pada tahun 1970, Ahmad al-Haj Totonji, aktivis yang meninggalkan tanahairnya, Iraq dan berhijrah ke Arab Saudi, telah melawat Malaysia dan membantu Anwar untuk menubuhkan ABIM dengan bantuan kewangan dari The Faisal Foundation.

Bukan rahsia bahawa dunia Arab itu sendiri terbahagi dua kepada golongan pemerintah yang pro-Amerika dan yang menentang Amerika.  Raja Faisal mula memerintah Arab Saudi pada 1964 adalah antara yang pro-Amerika. 

Hubungan Raja Faisal dengan Amerika telah lama terjalin dengan begitu mendalam.  King Faisal Foundation merupakan universiti kerjasama dengan University of Texas.  Manakala, Methodist International, iaitu anak syarikat kepada The Methodist Hospital di Houston Texas juga bekerjsama dengan King Faisal Specialist Hospital di Arab Saudi.  

Kerjasama ini terjalin kerana golongan aristokrat minyak di Texas dan juga Keluarga DiRaja Saudi mempunyai minat yang sama iaitu terhadap kuda, politik konservatif dan tentu sekali, minyak.  Hubungan kedua-dua golongan ini membawa kepada ‘sefahaman’ dalam pandangan mengenai politik dunia. 

Sementara itu, Youseff Nada yang menjadi subjek dalam buku di atas adalah antara pengasas International Institute of Islamic Thought (IIIT) yang berpengkalan di Virginia, di mana turut terletak ibu pejabat CIA.  Beliau adalah pejuang Ikhwanul Muslimin sejak di usia belasan tahun lagi. 

Youssef Nada adalah seorang taikun dengan perniagaannya meliputi berbagai bidang, bermula dari hasil tenusu sehinggalah kepada pembekalan simen ke seluruh dunia.  Sebagai tokoh korporat dan peneraju bank termasuk Faisal Finance di Switzerland, yang dimiliki oleh Raja Faisal, skop pergaulan Youseff semakin luas sehingga ke peringkat Ketua-ketua negara di seluruh dunia, termasuk Muammar Gadaffi, Zine AlAbadeens dan lain-lain lagi.  Beliau juga menjadi penyumbang dana bagi gerakan kejatuhan pemimpin-pemimpin tersebut melalui Arab Spring.

Youssef mempunyai beberapa buah rumah di beberapa negara terutamanya di Eropah namun beliau menegaskan bahawa beliau enggan sekali-kali kembali ke negara Arab, atau negaranya, Mesir. 

Youssef Nada seolah-olah tidak dapat ‘memaafkan’ Mesir kerana telah memenjarakannya tanpa sebab ketika beliau masih di universiti.  Sebenarnya, beliau ditangkap semata-mata kerana Presiden Mesir pada waktu itu takut kepada bayang-bayang Ikhwanul Muslimin. 

Di dalam penjara, Youseff melihat sendiri bagaimana ‘pesalah’ didera walaupun dalam kebanyakan kes, ‘kesalahan’ mereka tidak pernah dimaklumkan, jauh sekali dibicarakan.   Di sana juga, beliau melihat seorang lelaki digantung di bahu dengan kaki dan tangan terikat lalu kepalanya dicelup ke dalam najis manusia.  Beliau juga melihat bagaimana seorang lelaki dibakar seluruh badan, kemudian dipadamkan apinya dan diheret kembali ke penjara tanpa rawatan.  Dalam sebuah sel, beliau dapat melihat anggota yang tercerai dari badan seorang lelaki sedang lelaki itu masih hidup - tanpa diberikan rawatan. 

Youseff sendiri ketika ditangkap sedang menderita sakit apendiks.  Selama beberapa minggu, beliau dibiarkan tanpa rawatan.  Satu ketika atas desakan kenalan dan keluarga, doktor datang melawat tetapi memberi ‘rawatan’ dengan cara menyuruhnya mengangkat bebanan 50kg dan lari beberapa pusingan. 

Akhirnya, setelah mendapat maklumat lengkap keluarganya dan berjaya membuatkan mereka membayar sejumlah wang yang mana sama seperti gaji seorang Timbalan Menteri, maka Youseff pun mendapat rawatan sempurna. 

Di dalam penjara jugalah Yousef berpeluang berjumpa orang-orang penting.  Akhirnya, setelah dibebaskan, dan berjaya membina perniagaannya, orang-orang penting yang dikenalinya telah membawanya ke dunia luar di mana beliau membina empayar perniagaannya. 

Youssef yang lahir di tanah Arab melihat kekejaman dan korupsi kronik sejak dari usia yang muda merasa kecewa dengan apa yang berlaku kepada dunia Arab.  Rakyat tidak punya hak bersuara manakala pemerintah pula mempunyai kuasa mutlak untuk berbuat apa saja termasuk menangkap dan mendera rakyat tanpa sebab.   Korupsi berada di tahap yang amat parah iaitu sehingga tidak mengenal erti kemanusiaan. 

Dari situlah timbulnya ilham untuk melakukan perubahan.  Mungkin kerana itu, Youssef mengambil pendekatan terbuka dan mesra barat yang dilihatnya sebagai ‘tidak zalim’.  Beliau kemudiannya menjadi pendokong dan pejuang demokrasi tegar. 

Melalui IIIT, Youseff berazam untuk membawa pembaharuan di dunia Arab.  IIIT merupakan institusi utama pendokong gagasan ‘Islamisasi Pengetahuan’ (Islamization of Knowledge), satu konsep yang menuntut semakan semula terhadap semua pengajaran dan teks pandangan dunia Islam (world view).  Untuk usaha ini, IIIT mengumpulkan tokoh-tokoh dan pejuang Ikhwanul Muslimin, yang mana antaranya termasuklah Anwar Ibrahim. 

Maka tidak hairanlah apabila organisasi itu begitu giat membantu Anwar ketika beliau di penjara. 

Seorang lagi pengasas IIIT yang menjadi Mentor Anwar ialah Ismail Faruqi iaitu seorang Professor diUniversiti Temple Philadelphia yang mati dibunuh akibat perlakuan homoseksual.  Di antara pengikut Faruqi lain yang paling berpengaruh adalah Prof. John L Esposito di Universiti Georgetown, yang juga kawan rapat Anwar sebagai penulis biografinya.

Universiti Georgetown adalah salah satu universiti Jesuit yang terkemuka di dunia. Jesuits bermaksud 'Ahli Kumpulan Jesus' atau 'Satu Pasukan Tentera Agama Jesus' yang dibentuk di bawah Arahan Gereja Roman Katolik.  Kebiasaannya Jesuit menyembunyikan identitinya di sebalik jubah intelektual dan menetap di pusat-pusat pengajian tinggi. Juga dikenali sebagai 'orientalis'.  Di sinilah Anwar memasuki rangkaian Zionis.  

Untuk pengetahuan, The Catholic Herald diterbitkan oleh Jesuits, merupakan punca isu Kalimah Allah.

Setelah dibebaskan dari penjara, IIIT terus membantu Anwar dari segi kewangan dan juga perniagaan.  Semasa Anwar dijatuhi hukuman bersalah dan dipenjarakan, Pengarah IIIT, Dr Jamal Barzinji telah membayar pelobi-pelobi untuk membela kes Anwar di Washington, dan IIIT telah membayar biasiswa yang mahal kepada anak-anak Anwar.   Anak Anwar, Nurul Ilham Anwar, juga lulusan Universiti Georgetown, telah tinggal di rumah keluarga Barzinji di 11925 Safa Court di Herndon.

Kesimpulannya, Hubungan Anwar dengan IIIT telah membawa beliau kepada sekumpulan Arab yang bekerjasama dengan CIA.  Sama ada untuk tujuan ‘demokrasi’ atau ‘kepentingan diri’, tidak dapat dinyatakan dengan pasti, walaupun oleh diri mereka yang terlibat sendiri. 

Apa yang pasti, satu rangkaian yang merangkumi taikun-taikun Arab, ketua-ketua negara yang kaya dengan sumber asli termasuk penyangak wang dunia dan pelobi, perunding serta ahli politik Amerika membentuk satu kuasa yang besar dengan dana yang tidak terhad.  Dengan menggunakan nama Islam, pihak ini dengan mudah melaga-lagakan sesama Islam. 

Dengan menggunakan nama hak asasi dan kebebasan pula, pihak ini juga dengan mudah mencabar Islam itu sendiri dan melaga-lagakan pula dengan pihak lain.  Semuanya atas misi yang dinamakan ‘pertukaran rejim’ dalam usaha untuk membentuk Orde Dunia Baru atau ‘One World’.

Pendek kata, Arab Spring bermula iaitu dari seorang yang jujur seperti Youssef Nada yang berdendam dengan negaranya kepada sekumpulan rakyat yang dirasuk oleh kemarahan dan kebencian yang telah dipergunakan sama ada secara rela atau tidak sedar oleh musuh Islam, yang ingin menguasai dunia. 

Menggunakan senjata baru iaitu teknologi maklumat, kebencian dan kemarahan di kalangan rakyat diperhebatkan sehingga tidak terkawal.  Walaupun Youssef Nada kononnya mempunyai niat yang ‘murni’ untuk membawa perubahan dan kesejahteraan kepada rakyat di negara Arab, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. 

Akibat dari perjuangan Youssef Nada ini, ekonomi Mesir menjunam, pengangguran meningkat tetapi hak kebebasan bersuara masih tersekat. 

Pada 9 Oktober 2011 negara tanah tumpah darah Youseff Nada menyaksikan lebih kurang 30 orang terbunuh.   Pada 18 November 2011 33 terbunuh dan 1,732 cedera.  Pada 16 Disember 2011 pula 14 terbunuh dan 300 cedera.    Dalam masa yang sama kedai-kedai, pejabat, bank dan juga rumah-rumah kediaman musnah dan rakyat kehilangan pekerjaan, kehilangan sanak saudara serta kehilangan masa depan. 

Hari ini, sesiapa sahaja yang mengkritik pemerintah baru iaitu Presiden Morsi akan ditangkap dan dipenjarakan.

Youseff Nada mungkin gembira melihat ‘demokrasi’ tertegak di Mesir, tetapi negara itu kini terpaksa meminjam atau bergantung sepenuhnya kepada Amerika untuk dibangunkan semula dan untuk memastikan rakyat dapat terus hidup.   Mungkin Youseff melihat apa yang berlaku sebagai  satu kemenangan ‘rakyat’ untuk menjatuhkan rejim diktator yang korup dan kejam. 

Namun hakikatnya, tiada siapa yang menang kecuali Amerika atau Zionis atau Jesuit. 

Berbalik kepada gambar di atas yang menerangkan bahawa Anwar mengunjungi Youseff Nada untuk berbincang mengenai ‘Malaysia Spring’, wajar dijadikan peringatan oleh semua rakyat Malaysia. 

Malaysia pada hakikatnya telah pun mengamalkan demokrasi.  Hak bersuara di Malaysia pula sesungguhnya sudah melampaui batas sehingga pemimpin negara boleh dihina sesuka hati.  Malah, kaum minoriti juga mempunyai kuasa untuk menekan kaum majoriti termasuk menghasut sesuka hati melalui akhbar dan sekolah milik mereka.  

Selain itu, di Malaysia, biarpun bukan semua ahli politik itu bersih tetapi tiada siapa yang akan membiarkan rakyat menderita dan meninggal dunia demi ‘sesuap’ rasuah.   Ini berkait rapat dengan sikap semulajadi kaum Melayu itu tidak membolehkan pemimpin kita berlaku kejam dan zalim sepertimana pemimpin di negara Arab mahupun pengganas komunis atau penjajah Jepun.  

Oleh itu, tidak salah jika dikatakan bahawa kerana sikap orang Melayu inilah maka Malaysia sentiasa berada di bawah pemeliharaan Allah SWT.  

Latarbelakang Anwar yang jauh berbeza dengan Youssef Nada dengan sendiri menafikan hak Anwar untuk mencetuskan Malaysia Spring.  Tidak seperti Youssef yang dipenjara tanpa sebab, Anwar dipenjara setelah dibuktikan bersalah serta diberikan sepenuh peluang untuk membela diri.  Beliau juga diwakili oleh barisan peguam terhandal di Malaysia. 

Paling teruk rungutan yang didengar dari mereka yang dipenjarakan di Malaysia pula ialah tentang bagaimana mereka ‘terpaksa makan telur rebus setiap hari’.

Sekiranya Youseff Nada tahu bahawa Anwar diberi sel istimewa di dalam penjara serta dibenarkan pula mempunyai ‘tukang urut khas’ tentu beliau akan menyangka Anwar gila kerana ingin mencetuskan Malaysia Spring.   Di dalam penjara, Anwar bukan sahaja bebas menerima pelawat tetapi dibenarkan menulis dan menghantar surat kepada rakan-rakannya di barat, hatta memfitnah kerajaan sebagai menganiayanya. 

Jika Youseff terpaksa merasuah untuk mendapat rawatan apendiks di penjara, Anwar pula diberi ruang untuk mendapat rawatan di luar negara. 

Lebih dari itu, Anwar juga akhirnya bebas atas alasan teknikal, walaupun ketiga-tiga hakim merekodkan secara jelas bahawa berdasarkan bukti dan saksi, mereka begitu pasti yang Anwar bersalah terlibat dalam aktiviti homoseksual. 

Hakikatnya, pembebasan Anwar, kehidupannya yang mewah dan kemenangannya sendiri di kawasannya dalam PRU-13 membuktikan bahawa Malaysia Spring ‘idaman’ Anwar adalah bersifat pentingkan diri dan berniat jahat. 

Dalam ertikata lain, perjalanan hidup Anwar itu sendiri menunjukkan bahawa demokrasi hidup dan segar bugar di Malaysia.  Demokrasi hanya mati di dalam Pakatan Rakyat terutama di dalam PKR dan DAP yang memanipulasi pemilihan parti sendiri bagi memastikan anak-beranak dan kroni pemimpin tertinggi sahaja yang dapat menerajui parti. 


Wednesday, May 22, 2013

YANG HALAL ITU FARDHU, YANG SEDAP DAN LAZAT ITU PERLU. Oleh itu kita wajib membeli dan memakan hanya yang HALAL.

Halal   حلآل
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.


Ada banyak ayat Al-Quran yang menyebut tentang makanan syubhah, contohnya ayat 168, surah Al-Baqarah:


  • Allah menyeru kepada semua manusia – maknanya termasuk orang yang bukan Islam juga. Disamping halal, Allah minta kita makan makanan yang toyyibah (baik).

Nabi SAW (hadis ke-6 dalam hadis 40 daripada Imam Nawawi) bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.”

Halal dan haram bukan sekadar bahannya, bahkan termasuk faktor-faktor lain seperti makanan yang diberi kepada haiwan, tukang sembelih, dan lain-lain. Perkara yang syubhah ini tidak jelas. Contohya: perisa ayam. Banyak yang perlu dipersoalkan – ayam itu disembelih atau tidak? Apakah makanan yang dimakan ayam itu? Atau boleh jadi perisa itu hasil campuran bahan kimia semata-mata. Makanan mempengaruhi tingkah laku manusia. Dan yang paling risau ialah hati kita. Hati terdiri daripada zat besi yang datang daripada daging yang kita makan.

Jika diperhatikan, hari ini berlaku banyak maksiat dalam masyarakat, yang ada kalanya lebih teruk daripada zaman jahiliyyah zaman Nabi SAW. Antara sebabnya adalah permakanan. Jika kita nak tanam buah yang baik, tanahnya perlu baik, bukan sekadar perlu baka dan baja yang baik. Oleh itu, soal pemakanan perlu diambil berat semenjak sebelum berkahwin lagi agar zuriat yang dilahirkan adalah yang lebih berkualiti.


Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:

  1. bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  2. tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  3. tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
  4. tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.

Pihak Berkuasa Yang Diiktiraf

Pihak berkuasa yang diiktiraf bermaksud pihak berkuasa JAKIM, JAIN atau MAIN mana satu yang berkenaan.

Hukum Syarak

Hukum Syarak bermakna undang-undang Islam dalam Mazhab Syafi’e atau undang-undang dalam mana suatu Mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang telah bersetuju oleh Yang di-Pertuan Agong dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh Raja bagi mana-mana negeri dikuatkuasakan dalam negeri itu.

Logo Halal

Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:
  1. bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  2. perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
  3. diikuti tulisan rumi “HALAL”;
  4. bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
  5. dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.



YANG HALAL ITU FARDHU, YANG SEDAP DAN LAZAT ITU PERLU.

Oleh itu kita wajib membeli dan memakan hanya yang HALAL.

(B.O.S) Terbaik dari Johor

Dasar Ekonomi Baru Paling Sesuai di Malaysia – Dr. Amy Chua

Dalam keadaan Malaysia yang ‘terbahagi dua’ iaitu satu kumpulan terdiri dari kaum bumiputera dan lain-lain, manakala satu kumpulan lagi adalah kaum Cina, amatlah sukar bagi kita untuk menyatakan satu-satu perkara tanpa dituduh sebagai berpihak kepada mana-mana kumpulan.

Apabila kita menerangkan rasionaliti mengenai Dasar Ekonomi Baru dan Hak Bumiputera, kaum Cina pantas menuduhnya sebagai rasis biarpun hujah-hujah yang diberikan adalah tepat.  Apabila kaum Cina berdegil ingin mempertahankan Sekolah Vernakular, kaum bumiputera pantas menentang kerana ia meningkatkan jurang perkauman.  Biarpun hujah tersebut benar dan tepat, kaum Cina tetap menganggap penentangan terhadap sekolah vernakular sebagai rasis serta enggan menerimanya.

Oleh itu, tiada siapa yang dapat memberi pandangan tanpa prejudis dan tanpa dituduh sebagai berpihak, melainkan orang luar iaitu bukan rakyat Malaysia.  

‘Orang luar’ di sini tidak termasuk dari kumpulan yang menjadi agen kuasa besar yang ingin menguasai dunia, tetapi mestilah ‘orang luar’ yang bersikap berkecuali dengan sebenar-benarnya.

Salah seorang yang dimaksudkan ialah Dr. Amy Chua iaitu seorang Professor Undang-undang di Universiti
Yale.   Beliau mengkhususkan kepada pengajian transaksi perdagangan antarabangsa, undang-undang dan pembangunan, konflik etnik serta globalisasi dan undang-undang.

Dr. Chua yang dilahirkan di Filipina adalah seorang berbangsa Cina dari keturunan Hoklo yang menggunakan dialek Hokkien.  Beliau dibesarkan di Amerika setelah keluarganya berhijrah ke sana.

Selain mengajar, Dr. Chua juga ada menulis beberapa buah buku, antaranya ialah World on Fire:  How Exporting Free Market Democracy Breeds Ethnic Hatred and Global Instability.   Buku tersebut mengupas mengenai konflik etnik di dalam masyarakat di mana sebahagian besar ekonomi dikuasai oleh etnik minoriti yang dominan.   Buku tersebut disenaraikan sebagai Terlaris oleh akhbar New York Times dan Buku Terbaik 2003 oleh majalah the Economist serta Bacaan Tertinggi 2003 oleh akhbar The Guardian.

Dalam buku tersebut Dr. Chua mengkaji bagaimana globalisasi dan demokrasi sejak 1989 memberi kesan kepada hubungan antara kumpulan minoriti yang dominan dengan kumpulan majoriti.  Dalam kajian dan analisa yang panjang lebar, Dr. Chua telah menyimpulkan bawa Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan di Malaysia adalah yang terbaik dan paling sesuai untuk negara ini bagi memastikan kestabilan.

Beliau mengambil kira latar-belakang dan sejarah atau punca masalah ketidakseimbangan ekonomi iaitu bertitik tolak dari penjajahan.  Penjajah zaman dahulu telah mengeksploitasi ekonomi penduduk asal dan di masa yang sama memberi lebih peluang kepada kaum pendatang.  Ini mengakibatkan penduduk asal ketinggalan dalam segala bidang sehingga tiada pilihan selain menjadi petani dan kuli.

Dengan itu, beliau mengiktiraf Dasar Ekonomi Baru sebagai cara terbaik untuk mendekatkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum selain membentuk perpaduan dan menghapuskan kemiskinan.  Dasar ini juga terbukti membantu Malaysia mencapai kestabilan politik serta perkembangan ekonomi yang kukuh.  Kerana itu, Dasar Ekonomi Baru telah diiktiraf dan disokong oleh Bank Dunia.

Perlu diingatkan bahawa Dr. Chua bercakap bukan sebagai wakil kumpulan Cina, mahupun kerajaan ataupun kumpulan kaum-kaum lain di Malaysia.  Beliau bercakap sebagai seorang ahli akademik dan memberi hujah serta pandangan berdasarkan fakta.

Beliau juga jelas tidak akan mendapat apa-apa keuntungan dengan memihak kepada sesiapa, melainkan keuntungan dari jualan bukunya sahaja.

Justeru, kaum Cina di negara ini yang gemar mempersoalkan Dasar Ekonomi Baru mahupun hak bumiputera wajar mengambil pengajaran dari buku Dr. Chua ini.  Ketepikan sebentar kebencian dan keinginan untuk menunjuk lagak atau kuasa.

Untuk kesekian kalinya, belajarlah berfikir dan mengambil pendekatan seperti seorang manusia yang waras dan matang.  Terimalah kenyataan bahawa Dasar Ekonomi Baru tidak pernah merugikan kaum Cina.  Ia hanya membantu kaum lain untuk turut bersaing dengan kaum Cina.

Dengan kedudukan kaum Cina yang sudah jauh ke hadapan dalam ekonomi, kaum Cina tidak mungkin akan ketinggalan lagi.  Jadi apalah salahnya jika sama-sama untung asalkan bukan sama-sama rugi?  

Sudah sampai masanya kaum Cina belajar berfikir seperti manusia yang bertamadun iaitu hidup bukan semata-mata untuk mencari keuntungan material.   Apakah SJKC tidak mengajar semua nilai-nilai ini?

Sewajarnya, kaum Cina di Malaysia menjadikan buku Dr. Amy Chua sebagai rujukan untuk memahami senario ekonomi di Malaysia sebelum terjerit-jerit menuntut itu dan ini.  Belajarlah bersopan dan bertoleransi seperti manusia yang berakal dan berhati perut.

Apakah kaum Cina benar-benar sanggup memusnahkan negara semata-mata untuk mendapat keuntungan maksima di pihak mereka?

PAS IS LIKE A TIME-BOMB AND NOVEMBER IS THE EXPLOSION



PAS is waiting for explosion – it is like a time bomb – ticking the minutes away and no one can stop the timer.
The fundamentalists in the party is on a head-on collision with the moderates who are aligned to PKR de facto chief Anwar Ibrahim.
The party fundamentalists that included the Ulamak Council have openly rejected the series of rallies led by Anwar defying the recently concluded general election results alleging fraud.
Along with the fundamentalists is the youth wing which also rejected the non-recognition of the general election result which was expressed openly by the wing’s deputy chief Nik Abduh Nik Aziz.
Ulamak Council head Dr Harun Taib said the party had chosen the democratic principle and therefore strongly rejected any means by force to achieve victory.
“All laws must be followed and any act that can cause unwanted chaos and violence are not PAS stand and principle,” he said.
In short, PAS is disassociating itself from the ‘rough ways’ of PKR and DAP aimed at toppling the duly elected government through force.
But within PAS, besides the two factions, there is the Kelantan PAS also split into two – Husam Musa’s faction and the newly appointed Mentri Besar Ahmad Yaakob – the first aligned to Anwar and the latter with the fundamentalists.
Husam, who was dropped from the state exco list, has also cried foul despite giving statements contrary to what his supporters were doing – held protest infront of the state secretariat building when the exco list were revealed.
Trouble is indeed brewing in the party that has ‘flip flop’ its position for its benefits to stay afloat in the changing political landscape and scenario.
The party had a ‘marriage of convenience’ with Semangat 46 in 1999 general election where it won Kelantan and Terengganu but lost Terengganu in the 2004 general election.
Then the party ‘married’ PKR and DAP for the 2008 and 2013 general elections, flip flopping so that it remains ‘relevant and afloat’.
In 2008, after the general election, a group within PAS in Selangor headed by Dr Hassan Ali had wanted an association with Umno in the name of Malay unity but the effort was stopped by the moderates led by Shah Alam MP Khalid Samad that saw Dr Hassan being expelled from the party.
Given the party’s background, the current ‘bad blood’ in the party among the various factions is expected to burst in November during the party assembly where election are held for the supreme council positions.
Depending on who will dominate the leadership, the party is expected to continue with its flip flop stand unless the fundamentalists win where there is a simmering hope that these fundamentalists may once again renew the party’s friendship with Umno in the name of Malay unity.