Friday, May 3, 2013

Pengundi di seru bertenang pada Ahad #5/5/2013 #PRU 13-Ghani Othman.

alt
JOHOR BAHRU, 4 Mei - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gelang Patah, Datuk Abdul Ghani Othman mengajak pengundi untuk bertenang dan berfikir sebaiknya serta tidak mengikut emosi ketika membuang undi Ahad ini.

PRU13 #Program Parlimen Barisan Nasional Kulai.#Belia-belia bangkit memberikan sokongan PADU#Dacing pilihan muda mudi sekarang.

Pada 3 Mei 2013 Tempat TJ MART SALENG PARLIMEN KULAI.Jam 9.00 malam. Dato Hj.Adam Hamid dan semua Calun BARISAN NASIONAL turun padang bertukar-tukar pendapat dan beramah mesra bertemu penduduk dan masyarakat setempat. Kehadiran 7500 orang dari perbagai bangsa turun padang bagi menyatakan sokongan kepada BARISAN NASIONAL demi keharmonian masyarakat di Malaysia.

Hendraf Johor memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional dalam PRU 13.

Pada 2/5/2013 bertempat di Taman Teratai Sekudai Johor Jam 10.00 malam telah diadakan pertemuan di antara Menteri Besar Johor Dato Hj Abdul Ghani Othman dan Pemimpin HINDRAF kebangsaan.

Perjumpaan masyarakat India dalam bicara BLUEPRINT HINDRAF juga di hadiri oleh Calun Dun Nusa Jaya Dr. Hj Zaini dari BARISAN NASIONAL. Gani Othman amat mesra dan tahu kehendak masyarakat India di Negeri Johor terutamanya penduduk di Gelang Patah.

Thursday, May 2, 2013

Majlis Ramah Mesra MB Johor Dengan Pengundi Taman Universiti

Photo: 1Malasyia daripada Dr.Hj.Zaini dan ahli parto komponen MCA dan Gerakan. 
2hb Mei 2013. Jam 8.45 malam. Lokasi Taman Universiti Sport Club. YAB Dato’ Hj.Abdul Ghani dan Dr.Hj.Zaini telah hadir ke Majlis Ramah Mesra Bersama Pengundi-Pengundi di Taman Universiti. Kehadiran para pengundi mencecah lebig kurang 3000 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Menteri Besar Johor menghadiri Majlis Beramah Mesra bersama Pemimpin Masyarakat.


Photo 

2hb Mei 2013. Jam 2.30ptg. Lokasi Dewanraya Perumahan Lima Kedai. Calon BN DUN Nusajaya Dr.Hj.Zaini telah mengiringi YAB Dato’ Haji Abdul Ghani menghadiri Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Johor Bersama Pemimpin Masyarakat di Perumahan Lima Kedai.

Wednesday, May 1, 2013

Majlis ramah mesra Dun Nusa Jaya BARISAN NASIONAL Dr. Hj. Zaini di Pangsapuri PRISMA di pekan Gelang Patah.

Photo: Dr.Hj.Zaini memberi ucaptama di hadapan penduduk-penduduk Rumah Pangsapuri PR1SMA Gelang Patah. 

1hb Mei 2013. Jam 5.45 ptg. Lokasi Pangsapuri PR1SMA Gelang Patah. Majlis Pengenalan Calon BN DUN Nusajaya. Dr. Hj. Zaini telah mengadakan lawatan ramah mesra dengan penduduk-penduduk Pangsapuri PR1SMA di pekan Gelang Patah.

Persamian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ching Yeh di pekan Ulu Choh Gelang Patah Oleh Y.A.B Dato Hj Abdul Ghani Othman.


Photo: YAB Dato' Hj.Abdul Ghani memberi ucapan perasmian 

1hb Mei 2013, Jam 5.00ptg. Lokasi SJK(C) Ching Yeh, Ulu Choh. Calon BN DUN Nusajaya Dr.Hj.Zaini telah mengiringi Y.A.B Dato’ Hj. Abdul Ghani merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ching Yeh di pekan Ulu Choh disamping beramah mesra dengan masyarakat di sana. Turut sama hadir Ketua MCA Bahagian Gelang Patah.