Dalam mencapai status negara maju tentunya akan bertambah pula pembangunan, akan bertambah serta bercambahnya pembinaan dari bangunan 1 tingkat hingga ke bangunan pencakar langit, dari jambatan 1 tingkat menjadi ke jambatan yang di panggil persimpangan bertingkat.
Namun dalam Negara sedang mencabah pembangunan serta pembinaan jangan pula lupa untuk menkaji semula yang bakal berlaku seperti apa yang telah berlaku iaitu kejadian runtuhan bangunan dan Jambatan yang perlu di pandang serius oleh Negara, kerajaan dan semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan amanah serta tanggung jawab untuk melaksanakan pembangunan tersebut.
Justeru itu kerajaan dan pihak berkuasa berhak untuk membekukan dan menarik balik lesen kontraktor yang dilantik dengan serta-merta serta merta dan menahan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam pembinaan tersebut untuk siasatan, ini merupakan tindakan yang bijak di samping memastikan keselamatan, nyawa, kerugian dan nama baik kerajaan tidak dipertaruhkan.
Setiap kali kejadian runtuh berlaku pihak yang terlibat akan segera melakukan siasatan, namun selalunya tidak ramai mengambil tahu mengenai hasil siasatan kerana isu itu telah sejuk.
Sepatunya kejadian runtuhan baik bangunan yang telah lama dibina atau struktur yang sedang dalam pembinaan menjadi tauladan, hasil penyiasatan kejadian itu seharusnya menjadi panduan.
Dalam kebanyakkan kejadian runtuhan binaan yang dalam proses disiapkan adalah disebabkan kelemahan struktur asas,dalam hal ini kemungkinan kelemahan penyeliaan dan pemantauan oleh pihak profesional boleh menyumbang kepada kegagalan tersebut.
Selain itu pemantauan badan badan saperti Jabatan Keselamatan dan kesihatan pekerjaan juga boleh menyumbang kepada perlaksanaan projek yang lebih selamat.
Menurut Pakar Kejuruteraan, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah berkata “Pengurusan sesuatu projek perlu turut diteliti, ia bagi mengelak kehilangan nyawa baik pekerja mahupun orang awam, disamping memastikan projek itu sendiri tidak tergendala”. Menurutnyalagi terdapat tiga perkara utama yang harus diteliti secara mendalam ketika melaksanakan sesuatu projek pembinaan ia itu aspek teknikal, aspek persekitaran dan aspek pengurusan risiko.
Kejadian runtuhan di negara ini sebelum 1993 tidak begitu mendapat perhatian umum mungkin kerana tidak melibatkan runtuhan besar, tetapi pada 11 Dis.1993 negara dikejutkan dengan trgedi runtuhan Highland Tower yang mengorbankan lebih 40 orang .
Sejak itu kejadian runtuhan atau keretakkan struktur menjadi tumpuan, keretakan struktur leboh raya linkaran tengah MRR2 di ibu negara pada 2004 antara peristawa yang hangat diperkatakan, Malah ia memnjadi isu apabila retakkan berulang pada 2008.
Apa yang pasti, semua pihak perlu mengambil iktibar sewajarnya tentang kejadian runtuhan untuk memastikan keyakinan rakyat tidak goyah dan terus menyokong pembangunan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan.
11 Disember 1993 Malaysia telah di kejutkan dengan tragedi runtuhan Highland Towers ianya berlaku iaitu 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.
28 Februari 2013 Malaysia sekali lagi di kejutkan dengan 1 runtuhan iaitu Sebuah Jambatan yang masih dalam pembinaan di Selangor Science Park 2 Interchange, antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya/Cyberjaya di Lingkaran Putrajaya, jambatan yang runtuh itu merupakan lebuh raya sambungan ke Putrajaya dan ia di bawah kawal selia PKNS. Walau bagaimanapun tiada laporan kemalangan jiwa kerana jambatan tersebut masih ditutup untuk kegunaan awam.
Kira-kira jam 7.15, 6 Jun 2013 Satu lagi kejutan buat negara iaitu Kejadian runtuhan Jambatan yang berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung. Runtuhan itu adalah sekitar Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan. Difahamkan sekurang-kurangnya sebuah kereta dan motosikal tertimbus di bawah runtuhan. Dalam kejadian tersebut telah mengakibatkan seorang terbunuh apabila sebuah kereta Perodua Kelisa berwarna putih ditemui tertimbus dan tiga orang mengalami kecederaan dua daripada mereka ialah pekerja asing. Seorang lagi yang dilaporkan cedera ialah wanita tempatan, akibat terkena serpihan runtuhan di bahagian tangan.
Kes JAMBATAN runtuh ni semua berlaku dalam negeri dikuasai pembongkang.....
ReplyDeletesaya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
ReplyDeletebekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan