Monday, April 29, 2013

Calon Barisan Nasional DUN Nusajaya. Dr. Hj Zaini Bin Abu Bakar buat lawatan ke Balai Polis Gelang Patah.







Photo
29hb April 2013. Jam 12.30 tghari. Lokasi Balai Polis Gelang Patah. Calon Barisan Nasional DUN Nusajaya, Dr. Hj.Zaini Bin Abu Bakar telah mengadakan lawatan ke Balai Polis Gelang Patah. Tujuan lawatan ini adalah untuk memperkenalkan diri ...beliau sebagai Calon BN DUN Nusajaya kepada kesemua kakitangan pasukan keselamatan di balai tersebut mendapatkan maklumat terus dari Balai Polis tersebut mengenai indeks kadar jenayah di Pekan Gelang Patah. 
 
Dr. Haji Zaini berhasrat untuk mengadakan beberapa siri kerjasama dengan pihak Polis bagi menjadikan kawasan DUN Nusajaya sebagai zon yang paling selamat untuk didiami dan dikunjungi oleh para pelancung serta orang ramai. Dr.Hj. Zaini juga amat berharap agar hubungan antara orang awam dengan pihak PDRM sentiasa dipereratkan dari masa ke semasa melalui program Komuniti Polis dan Rakan Cop. Di akhir perjumpaan, Dr.Hj.zaini juga berharap pihak Pasukan Keselamatan akan terus member sokongan dan kepercayaan kepada Kerajaan Barisan Nasional untuk terus mentadbir Negara.

Photo

Photo

Photo

No comments:

Post a Comment