Thursday, June 13, 2013

Terkini..! Angsana dan UDA punya cerita.


PLAZA ANGSANA yang lebih sinonim dipangil Angsana sahaja bagi kebanyakan rakyat malaysia khasnya buat rakyat Johor, bagi yang belum tahu, ianya adalah dimiliki oleh UDA Mall Sdn Bhd, ahli Kumpulan UDA Holdings Berhad .


Plaza Angsana adalah sebuah pusat membeli-belah yang terletak di Jalan Skudai Tampoi, Johor Bahru, Johor, Malaysia. Ianya terkenal dengan penjualan barang-barang buatan dalam dan luar negara dengan harga yang berpatutan mengikut keadaan semasa dan perayaan, Ianya adalah tempat tumpuan kebanyakan masyarakat Melayu bila menjelangnya hari raya puasa,Walaupun Plaza Angsana ni bukanlah kategori shopping complex moden dan baru di Johor Bahru tetapi ianya tetap menjadi tumpuan rakyat Malaysia dan juga rakyat Singapura.


Kini Plaza Angsana dikenali dengan nama Angsana Johor Bahru, Mall selepas penjenamaan semula dan menggunakan nama dan logo barumya. Sesuai dengan penjenamaan baru itu, UDA Mall juga melaksanakan penambahbaikan dan menaik taraf kemudahan yang ada di Angsana Johor Baharu Mall yang mencakupi empat fasa yang telah siap sepenuhnya awal suku pertama 2013.

Plaza Angsana bukan sahaja terdapat di Negeri Johor malahan ada juga di negeri-negeri lain, kini Gren Mall, Ipoh, Perak akan dikenali sebagai Angsana Ipoh Mall, manakala Plaza Ampangan, Seremban pula akan dikenali sebagai Angsana Seremban Mall.



Namun Angsana Johor Bahru, Mall kini ada desas-desus dari peniaga mengatakan seperti mengetepikan peniaga Melayu, Betul ke..? dan benarkah tiupan angin ini..? Dengan pelbagai alasan yang menyebabkan mengikut pecahan peniaga melayu hanya 50 peratus dan selebihnya lain-lain. 

Sekira ianya benar terjadi di harap pihak UDA Mall Sdn Bhd, ahli Kumpulan UDA Holdings Berhad menkaji semula dan dapat memberi ruang dan peluang sesuai dengan penubuhan UDA yang ditubuhkan pada tahun 1971 dengan matlamat utamanya adalah untuk membantu membangunkan kawasan bandar yang berkaitan dengan perniagaan, industri dan perumahan. UDA sebenarnya diwujudkan untuk menangani masalah peneroka-peneroka setinggan bagi tujuan penempatan semula walaupun ‘berselindung’ di sebalik pelbagai objektif agar tidak menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat bukan Melayu-Bumiputera.

Justeru, jika ianya benar-benar berlaku apa hak UDA Holdings mencampakkan kepentingan Melayu-Bumiputera yang sepatutnya menjadi jalur dan teras kewujudan mereka di negara ini?

Barangkali sesuatu perlu dilakukan untuk menyedarkan seluruh Melayu-Bumiputera bahawa individu-individu Melayu yang diberikan kuasa dan kedudukan hasil daripada sokongan yang diberikan, sebenarnya tidak membawa agenda memajukan Melayu-Bumiputera sungguhpun itulah yang mereka perkatakan apabila ditanya.

Masih belum terlambat sebenarnya untuk membetulkan masalah ini… namun, adakah Kerajaan Persekutuan yang sekarang ini menerima mandat sepenuhnya daripada Melayu-Bumiputera mahu membetulkan semula keadaan dan menyingkirkan kesemua individu di dalam UDA Holdings yang tidak lagi membawa aspirasi sokongan Melayu-Bumiputera kepada kerajaan yang menyokong kewujudan mereka?

HARI INI DALAM SEJARAH : 
PELANCARAN RASMI PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (UDA)


Pada tahun 1971, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein di Bilik Gerakan Negara, Kuala Lumpur. UDA ditubuhkan pada 1 September 1971 di bawah Akta Perbadanan Pembangunan Bandar, Akta Parlimen No. 46 tahun 1971. Antara tujuan utama penubuhan UDA adalah untuk memaju dan melaksanakan projek-projek di kawasan pembangunan bandar dalam bidang perdagangan dan perusahaan, perumahan dan lain-lain supaya dapat diagihkan secara sama rata dan adil bagi semua kaum. Selain itu UDA juga dipertanggungjawabkan untuk mengadakan program tindakan bagi menyusun semula masyarakat melalui pembangunan Bandar. Pada perasmian ini juga Perdana Menteri Tun Abdul Razak mengumumkan anggota perbadanan ini dengan Datuk Yakub bin Hitam sebagai pengerusi pertamanya. Pada 1 September 1996 UDA telah dikopratkan dan dikenali sebagai UDA Holdings Sdn. Bhd. Sesungguhnya pelancaran UDA, pada hari ini dalam tahun 1971, merupakan usaha-usaha perancangan awal kerajaan memodenkan orang-orang Melayu dan bumiputera di kawasan bandar, di samping menjadi penggerak utama usaha menjayakan Rancangan Malaysia Kedua dan Dasar Ekonomi Baru.

Tuesday, June 11, 2013

Runtuhan Dalam Pembangunan.

Malaysia yang sedang bergerak mencapai WAWASAN 2020 yang telah telah diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri keempat iaitu Tun Mahathir, Beliau mengilhamkan ketika membentangkan Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) pada tahun 1991 dalam usaha negara ke arah mencapai status negara maju.

Dalam mencapai status negara maju tentunya akan bertambah pula pembangunan, akan bertambah serta bercambahnya pembinaan dari bangunan 1 tingkat hingga ke bangunan pencakar langit, dari jambatan 1 tingkat menjadi ke jambatan yang di panggil persimpangan bertingkat.

Namun dalam Negara sedang mencabah pembangunan serta pembinaan jangan pula lupa untuk menkaji semula yang bakal berlaku seperti apa yang telah berlaku iaitu kejadian runtuhan bangunan dan Jambatan yang perlu di pandang serius oleh Negara, kerajaan dan semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan amanah serta tanggung jawab untuk melaksanakan pembangunan tersebut.

Mengambil iktibar dari kejadian-kejadian runtuhan Bangunan dan Jambatan yang telah berlaku, Negara, kerajaan dan semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan amanah serta tanggung jawab untuk melaksanakan pembangunan tersebut wajib mengambil langkah pro-aktif membuat beberapa kajian serta pendekatan terbaik bagi mengelakkan perkara ini berlaku, Semua pihak wajib bertanggung jawab serta bekerja sama mengambil berat isu keselamatan binaan bangunan dan Jambatan bagi mengelak kejadian runtuhan berulang kembali.

Justeru itu kerajaan dan pihak berkuasa berhak untuk membekukan dan menarik balik lesen kontraktor yang dilantik dengan serta-merta serta merta dan menahan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam pembinaan tersebut untuk siasatan, ini merupakan tindakan yang bijak di samping memastikan keselamatan, nyawa, kerugian dan nama baik kerajaan tidak dipertaruhkan.

Setiap kali kejadian runtuh berlaku pihak yang terlibat akan segera melakukan siasatan, namun selalunya tidak ramai mengambil tahu mengenai hasil siasatan kerana isu itu telah sejuk.

Sepatunya kejadian runtuhan baik bangunan yang telah lama dibina atau struktur yang sedang dalam pembinaan menjadi tauladan, hasil penyiasatan kejadian itu seharusnya menjadi panduan.

Dalam kebanyakkan kejadian runtuhan binaan yang dalam proses disiapkan adalah disebabkan kelemahan struktur asas,dalam hal ini kemungkinan kelemahan penyeliaan dan pemantauan oleh pihak profesional boleh menyumbang kepada kegagalan tersebut.

Selain itu pemantauan badan badan saperti Jabatan Keselamatan dan kesihatan pekerjaan juga boleh menyumbang kepada perlaksanaan projek yang lebih selamat.


Menurut Pakar Kejuruteraan, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah berkata “Pengurusan sesuatu projek perlu turut diteliti, ia bagi mengelak kehilangan nyawa baik pekerja mahupun orang awam, disamping memastikan projek itu sendiri tidak tergendala”. Menurutnyalagi terdapat tiga perkara utama yang harus diteliti secara mendalam ketika melaksanakan sesuatu projek pembinaan ia itu aspek teknikal, aspek persekitaran dan aspek pengurusan risiko.


Kejadian runtuhan di negara ini sebelum 1993 tidak begitu mendapat perhatian umum mungkin kerana tidak melibatkan runtuhan besar, tetapi pada 11 Dis.1993 negara dikejutkan dengan trgedi runtuhan Highland Tower yang mengorbankan lebih 40 orang .

Sejak itu kejadian runtuhan atau keretakkan struktur menjadi tumpuan, keretakan struktur leboh raya linkaran tengah MRR2 di ibu negara pada 2004 antara peristawa yang hangat diperkatakan, Malah ia memnjadi isu apabila retakkan berulang pada 2008.

Apa yang pasti, semua pihak perlu mengambil iktibar sewajarnya tentang kejadian runtuhan  untuk memastikan keyakinan rakyat tidak goyah dan terus menyokong pembangunan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan.

Diharap kejadian Runtuhan Jambatan Di Pulau Pinang itu adalah kejadian yang terakhir runtuhan strutur yang di bina oleh manusia di negara ini.


11 Disember 1993 Malaysia telah di kejutkan dengan tragedi runtuhan Highland Towers ianya berlaku iaitu 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu KlangSelangor. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.



28 Februari 2013 Malaysia sekali lagi di kejutkan dengan 1 runtuhan iaitu Sebuah Jambatan yang masih dalam pembinaan di Selangor Science Park 2 Interchange, antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya/Cyberjaya di Lingkaran Putrajaya, jambatan yang runtuh itu merupakan lebuh raya sambungan ke Putrajaya dan ia di bawah kawal selia PKNS. Walau bagaimanapun tiada laporan kemalangan jiwa kerana jambatan tersebut masih ditutup untuk kegunaan awam.


Kira-kira jam 7.15, 6 Jun 2013 Satu lagi kejutan buat negara iaitu Kejadian runtuhan Jambatan yang berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung. Runtuhan  itu adalah sekitar Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan. Difahamkan sekurang-kurangnya sebuah kereta dan motosikal tertimbus di bawah runtuhan. Dalam kejadian tersebut telah mengakibatkan seorang terbunuh apabila sebuah kereta Perodua Kelisa berwarna putih ditemui tertimbus dan  tiga orang mengalami kecederaan dua daripada mereka ialah pekerja asing. Seorang lagi yang dilaporkan cedera ialah wanita tempatan, akibat terkena serpihan runtuhan di bahagian tangan.








Thursday, June 6, 2013

Dari Imam KEPADA Kakitangan Kerajaan.

Luahan dari seorang Imam salah sebuah Surau di Negeri Johor.

Beliau terpanggil untuk meluahkan segala yang ada dalam benak hatinya, Umur nya sekitar 50++ kerjanya setiap hari satu (1) hari lima (5) kali akan mengimamkan makmum yang datang untuk bersolat di surau itu, bergitu setiap hari pusingan hidupnya setiap hari. Namun beliau mempunyi pemikiran dan ingatan yang sangat tajam, beliau juga mempunyi perwatakan yang sangat Ikhlas dan Jujur dan beliau juga bukan ahlil politik.

Selepas solat Isyak AIRSUAM berbual-bual  dengannya, pelbagai cerita tentang agama darinya, sehinggalah kesatu cerita yang Imam merasakan ianya sangat jengkel di matanya dan umat Islam yang lainnya.

Bergini ceritanya dan luahannya juga nukilannya.

UMNO adalah sebuah pertubuhan yang ditubuhkan khusus untuk menyatukan orang melayu, bertujuan untuk menentang Malayan Union yang di lihat tidak menguntungkan kaum itu sendiri di tanah air mereka. Semua orang melayu bersetuju dan bersatu.

Sesudah itu UMNO juga berperanan untuk membebeskan Tanah Melayu ini dari belengu Penjajah dengan menuntut kemerdekaan dari pihak Beritish, semua orang melayu bersepakat menjayakan.

     UMNO jugalah yang telah membangunkan negara ini dan juga telah memperjuangkan nasib Orang Melayu hingga ke tahap sekarang ini.

Bergitu besarnya jasa UMNO sebuah pertubuhan keramat yang masih lagi releven dan berkuasa sampai ke hari ini.

NAMUN bergitu ada juga tangan-tangan "dajal" dan juga "syaitan" yang cuba untuk meruntuhkan kekuasaan dan keutuhan UMNO.

Yang sedihnya anasir-anasir itu datang dari orang melayu sendiri yang telah lupa daratan dan terhasut dan termakan tipu daya "dajal"yang di angap suci (dajal suci) dan konco-konconya syaitannya.

Mereka-mereka ini termasuklah kakitangan Kerajaan yang telah di beri pelbagai imbuhan dan juga kemudahan tetapi masih lagi tidak berpuas hati, " seperti di beri susu, di balas tuba" atau "kacang lupakan kulit" Bergitulah perangai orang melayu sekarang.

Kuasa yang ada ditangan hendak dihapuskan, kononnya demi Keadilan, sebenarnya mereka-mereka ini seperti "Raja Mendaliar" dan "Tok Pawang" yang sanggup bersekongkol dengan musuh untuk menghancurkan negaranya sendiri.

     INGATLAH wahai orang melayu, kamu dipilih oleh ALLAH untuk menjadi orang Islam secara total, walaupun bilingan kamu sedikit.

Bukan kah bagi ALLAH sekiranya Ia hendak meramaikan Umat Islam di Dunia ini, ALLAH beri sahaja HIDAYAHnya kepada lebih Satu perpuluhan Lima (1.5) billion Orang Cina.

Kenapa ALLAH berikan HIDAYAHnya kepada semua Orang Melayu? Fikir-fikir kan lah.

Wahai orang melayu bersukurlah dengan nikmat Islam dan Iman yang ALLAH kurniakan kepada Kamu, Ingatlah "Sekiranya Kamu bersukur  Aku akan tambah nikmatku, Seandainya Kamu kufur, Azab Aku amatlah pedih!" Ini janji ALLAH, ianya pasti berlaku.

     KEPADA Kakitangan Kerajaan yang bersengkokol dengan "Dajal Suci" dan "Syitan" yang bermuka-muka, bertaubatlah... kembali lah kepangkal jalan, kerana kamu telah sesat,, sebelum datangnya azab dari ALLAH.

Kerja kamu di angap Ibadah sekiranya kamu Ikhlas melakukan apa yang di amanahkan oleh Majikan Kamu selagi tidak bertentangan dengan Syarak.

Kamu wajib memilihara dan menyampan rahsia majikan kamu (Kerajaan), sekiranya Kamu benar-benar orang Islam.

Ingatlah..! menjatuhkan kerajaan yang adil adalah HARAM. boleh di kenakan hukuman HUDUD iaini PANCUNG (Bunuh)

     TETAPI sekiranya kamu ada rupa (kebolehan) kamu berhentilah kerja dengan Kerajaan Sekarang (UMNO) berkerja lah dengan majikan yang Kamu sokong.

Sebabnya sekiranya kamu tidak melaksanakan AMANAH atau TAAT Setia yang kamu telah TANDATANGANI semasa mula-mula menerima tugas dahulu, kenapa..? sudah Lupa Ke...?

Ramai lagi di luar sana yang ingin kan perkerjaan, mereka masih muda dan berkebolehan, bagi peluang kepada mereka.

"Che'gu Sha'ari.! Sekiranya Che'gu sayangkan perkerjaan Muzik... BERHENTI lah  menjadi Guru. Tetapi sekiranya Che'gu sayang kan perkerjaan Guru itu... al-maklum lah kepada Che'gu.
Petikan Filem Masam-masam Manis P.Ramli.

Vedio Cikgu Tidur :  http://youtu.be/A4Hf0oSftEk

<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/A4Hf0oSftEk" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

"Janganlah ada Manusia yang seperti ini lagi (merujuk kepada watak Buang tali barut Jepun)

YA..! Aku tahu, Bangsa Kita (Melayu) masih muda ( di bandingkan dengan bangsa-bangsa lain) tapi, Aku tak peduli, Kita sesama bangsa  hendaklah bersatu hati.
Filem Sarjan Hassan.

Vedio Cerita Sarjan Hasan. : http://youtu.be/_XDV9tm-mkw

<iframe width="420" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/_XDV9tm-mkw" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Sama-sama kita sayang akan kedamaian.

Imam.



Wednesday, June 5, 2013

Terbaik dan Terkini.... Dari Menteri Besar Johor yang KE-14.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang KE-14Mohamed Khalid yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Dewan Undangan Negeri, Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini kira-kira 10.40 pagi May 14, 2013.
Beliau mengambil alih jawatan menteri besar Johor daripada Datuk Abdul Ghani Othman yang memegang jawatan itu selama 18 tahun bermula daripada 1995.
Setelah memegang tampuk kepimpinan Kerajaan Johor Beliau telah membuat satu pengumuman yang telah di sambut baik oleh semua masyarakat Negeri Johor khasnya masyarakat yang tinggal di kawasan Bandar di Negeri ini.

Kerajaan Johor akan mengenakan kadar cukai baharu yang lebih tinggi kepada kira-kira 130,000 pegangan asing yang memiliki hartanah di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata kadar cukai baharu yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat itu berbeza dengan kadar yang dikenakan kepada penduduk tempatan.


"Sudah tiba masanya kerajaan negeri memberi perhatian kepada pegangan asing di negeri ini kerana rakyat kita di negara luar juga dikenakan kadar cukai yang berbeza. Datuk Seri Mohamed Khaled berkata untuk permulaannya Kerajaan Johor kenakan kadar berbeza bagi cukai harta," katanya selepas melakukan tinjauan mesra di Zon Permas Pada 2 Jun 2013 yang lepas.

Katanya, usaha itu juga bertujuan meningkatkan hasil dan mengukuhkan pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Johor serta meningkatkan tahap perkhidmatan kepada penduduk.

Datuk Seri Mohamed Khaled berkata beliau yakin rakyat Johor akan bersetuju dengan keputusan tersebut kerana ia akan memberi keuntungan kepada mereka manakala warga asing pula perlu belajar bersyukur kerana memiliki harta di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau berkata PBT di negeri ini juga akan melakukan penilaian semula terhadap nilai hartanah di kawasan pentadbiran masing-masing bagi membolehkan cukai dikenakan mengikut kadar harga pasaran hartanah semasa.

Katanya kali terakhir penilaian dibuat pada sekitar tahun 1980-an dan nilai hartanah tentunya meningkat dan berbeza berbanding dahulu.

"Cukai yang dikutip masa ini adalah berasaskan kepada nilai pada 1980-an, maknanya jika rumah kedai berharga RM30,000 pada waktu itu, cukai yang dikenakan kini masih berdasarkan nilai RM30,000 walhal kita percaya harga rumah kedai itu meningkat kepada nilai yang lebih besar," katanya.

Dalam perkembangan lain beliau berkata sebanyak RM4 juta diperuntukkan bagi pembangunan baik pulih, penurapan dan pelebaran jalan raya serta membina jalan baru di Zon Permas.

Peruntukan di bawah kerajaan pusat dan negeri itu bertujuan memberi keselesaan kepada penduduk setempat, katanya.

Panas Berapi..! APA LAGI ORANG MELAYU MAHU.


Kemenangan BN dalam PRU13 baru-baru ini banyak ditunjangi oleh kemenangan besar kerusi yang ditandingi UMNO dan peningkatan sokongan pengundi Melayu sehingga 70% kepada BN. Berdasarkan statistik kerusi parlimen yang ditandingi UMNO pada PRU-12 berjumlah 117 kerusi,UMNO sekadar memenangi 79 manakala pada PRU13 kali ini UMNO bertanding di 121 kerusi dan berjaya meningkatkan jumlah kerusi kepada 89.Selebihnya merupakan kerusi yang dimenangi oleh parti-parti komponen BN termasuk daripada Sabah dan Sarawak menjadikan kerusi yang dimenangi BN berjumlah 133 kerusi.



Kejayaan BN merampas Kedah daripada Pakatan Pembangkang (PP) membuktikan bahawa sokongan dan kepercayaan orang-orang Melayu di Kedah terhadap UMNO dan BN sudah kembali.Beberapa parlimen yang merupakan kubu kuat PAS dan PP di Kedah seperti Sik,Baling,Padang Terap,Pendang,Kulim-Bandar Bharu,Merbok dan Jerai berjaya dirampas kembali ke tangan UMNO selain mengekalkan parlimen yang dimenangi pada 2008. Dato' Sri Najib turut mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak akan tumbang walaupun sebahagian besar kaum cina menyokong pembangkang kerana BN terus mendapat sokongan kaum Melayu Bumiputera dan kaum India yang diterjemahkan dalam PRU13 sekaligus BN mendapat mandat untuk mentadbir negara.


Kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah telah meranapkan harapan bekas MB Johor,Dato' Abdul Ghani Othman untuk mewakili kawasan tersebut di Dewan Rakyat dan AIR SUAM mengkagumi pendirian Dato' Abdul Ghani kerana sebagai calon Melayu berani bertarung di tempat populasi tinggi pengundi Cina dan akhirnya pengundi Cina tetap tidak mahu memberi sokongan kepada calon Melayu.

Walau bagai manapun di Negeri Johor, kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah dan di tempat-tempat lain seperti di Kulai sedikit sebanyak disumbang oleh segelintir orang melayu dari pelbagai peringkat perkerjaan dan majikan, sektor SWASTA dan kakitangan Jabatan KERAJAAN.



AIR SUAM di sini nak cerita tentang melayu terutama sekali dari peringkat Kakitangan Jabatan KERAJAAN dan golongan PENDIDIK yang telah memberi undinya kepada Pembangkang dan DAP.Ye benar sekali.... Mengundi adalah tanggungjawab serta hak kita sebagai rakyat Malaysia. Ia adalah amalan demokrasi yang telah diamalkan di negara ini sejak kita mengecapi kemerdekaan. Namun tetapi dalam diri anda tidak ada kah sedikit perasaan kesedaran dan berterima kasih terhadap majikan anda iaitu KERAJAAN yang ada sekarang, yang memberi anda gaji untuk diri anda, orang lain, keluarga dan anak bini anda. 

Dimana keiklasan anda berkerja dan apa hukum dalam islam yang berkait antara majikan vs perkerja atau pemimpin. Sila rujuk link di bawah.


link a) : http://kemahilmu.blogspot.com/2011/02/bagaimana-islam-mengajar-kita-mentaati.html

       b) : http://www.mykmu.net/?p=20521
       c) : http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/2010/08/125-bagaimana-ahlus-sunnah-wal-jamaah.html


Sedarlah apa yang ada pada mereka iaitu Kakitangan Jabatan KERAJAAN dan golongan PENDIDIK dari jawatan rendah hingga ke jawatan paling tinggi adalah kerana Malaysia dari selepas MERDEKA telah melaksanakan DASAR melalui "kontrak sosial" dalam "Perlembagaan Persekutuan" dan hubungannya dengan Perkara 153 - Hak Istimewa Orang Melayu, kalau tiada ini semua jadi lah seperti negara Jiran Kita, Singapura yang kita boleh senaraikan berapa ramai orang melayu memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan.

Baik lah..... Bagi yang masih tidak nampak siapa Lim Kit Siang iaitu Tokey DAP dan konco-konconya, AIRSUAM ingin menjelaskan beberapa perkara pokok tentang DAP supaya orang Melayu boleh menilai sendiri untuk kita bersama terus menolak DAP  :-

1. Perlembagaan: Dari segi perlembagaan jelas menunjukkan DAP memperjuangkan ideologi sosialis. Ini amat bertentangan dengan Islam.

2. Malaysian Malaysia. Konsep menghilangkan identiti bangsa memang menjadi dasar perjuangan DAP. Mereka tidak mahu lagi rakyat dinegara ini mengenali diri mereka sebagai Melayu, Cina atau India. Tetapi sebaliknya semuanya berbangsa Malasia. Sekali lalu nampak macam tiak ada apa tetapi disebalinya mereka cuba mneghilangkan yang utamanya iedentiti Melayu. Dengan itu secara otomatiknya Islam yang ada pada orang Melayu dalam perlembagaan akan boleh dipertikaikan.
3. Memeperjuangkan Pluralisma. Jelas DAP amat beriman dengan konsep pluralisma ini iaitu menyamakan semua agama. Maka sebab itu bantuan diberikan kepada semua agama. Kedudukan semua agama juga diberi pengiktirafan dan layanan yang sama juga diberi pada semua agama.
4. Memperjuangakn Liberalisma. DAP juga amat kuat meperjuangakan liberlaisma yang mengutamakan kehendak manusia dan mengiktiraf kebebasan setiap individu dalam menentukan apa yang mereka ingin lakukan tanpa boleh digugat. Maka sebab itu LGBT dan yang seumpamnya boleh diterima oleh mereka sebagai sebahagian hak asasi manusia.
5. Menolak hukum Islam. Kenyataan membuktikan bahawa sudah beberapa kali pimpinan utama DAP menolak hukum Islam dan menyatakan bahawa PR tidak menjadikan perlaksanaan hukum Islam sebagai dasar perjuangan. Hujah yang mengatakan mereka semakin dekat kepada Islam adalah hujah yang sangat dangkal yang tidak ada bukti kukuh. Hanya mereka yang buta saja gagal untuk memahami sikap DAP ini.
6. Menghapuskan kuasa BUMIPUTRA dan segala DASAR sedia ada yang telah di bentuk oleh KERAJAAN  iaitu "kontrak sosial" dalam "Perlembagaan Persekutuan" dan hubungannya dengan Perkara 153 - Hak Istimewa Orang Melayu dan sekarang ini sudah mula dibangkitkan oleh pihak tertentu.

7. Serta banyak lagi perkara mengapa kita wajib menolak DAP.


AIRSUAM suka mengingatkan kepada golongan tersebut iaitu Kakitangan Jabatan KERAJAAN dan golongan PENDIDIK yang secara terbuka atau tersembunyi memihak kepada Pembangkang. Walaupun ini bukan petanda keseluruhan kakitangan Kerajaan terlibat, tetapi sekurang-kurangnya menunjukkan bahawa terdapat juga di kalangan mereka yang mempengaruhi orang lain untuk sama-sama membenci Kerajaan, sedang dalam masa yang sama mereka masih kekal sebagai kakitangan Kerajaan, menerima gaji dan imbuhan dari Kerajaan serta menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan.


Ingatan AIRSUAM kepada PEGAWAI,KAKITANGAN KERAJAAN dan PENDIDIK di negeri

Johor. Tumpuan kami kepada :
1. Jabatan Agama Islam Negeri dan Daerah.
2. Semua Warga Pendidik di semua pusat pembelajaran Kerajaan.
3. Semua Majlis Daerah.
4. Semua yang makan gaji dengan Kerajaan.

Difahamkan: Yang PRO Pembangkang mempunyi prestasi yang sangat teruk di tempat kerja, mengalami pelbagai masalah di tempat kerja, mereka-mereka ini yang merosakan nama baik Jabatan Kerajaan dan Golongan Pendidik Kerajaan. Ketahuilah  tingkah laku anda sedang diperhatikan  untuk di war-warkan.


Ingatan AIRSUAM sekali lagi :

Kepada semua PEGAWAI,KAKITANGAN KERAJAAN dan PENDIDIK yang memilih untuk terus kekal di dalam perkhidmatan kerajaan, hendaklah terus menyokong dan memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan yang memerintah hari ini.

Namun setelah memahami dan mengetahui kesan-kesan negatif dari penentangan tersebut, jika sokongan kepada kerajaan hari ini tidak dapat diberikan, jika taat setia tidak lagi dapat dihayati dan jika persefahaman dalam dasar atau dengan pemimpin sudah tidak wujud lagi, maka langkah yang terbaik yang terbaik yangTERHORMAT dan BERMORAL ialah dengan MELETAK JAWATAN, 
MELETAK JAWATAN, MELETAK JAWATAN, MELETAK JAWATAN, MELETAK JAWATAN, MELETAK JAWATAN, MELETAK JAWATAN, MELETAK JAWATAN, MELETAK JAWATAN.


Atas dasar prinsip dan etika perkhidmatan, tinggalkan lah perkhidmatan kerajaan! Biarlah mereka yang masih yakin dengan kerajaan yang ada pada hari ini, yang jelas mengikut prestasi selama 56 tahun memartabatkan bangsa Melayu, terus berkhidmat untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai ini!









Monday, June 3, 2013

‘Ketelusan’ membawa makna.........

DAP sering melaung-laungkan ‘ketelusan’ dalam politik.  Namun, kita semakin sangsi bahawa DAP benar-benar memahami apa itu ‘ketelusan’.   Sama ada DAP tidak faham maksud perkataan itu, atau DAP pastinya sebuah parti yang benar-benar hipokrit lagi pengecut kerana menghalang sesiapa sahaja dari mendedahkan kebenaran di dalam DAP.  

Buktinya, sebelum ini, Karpal Singh mengugut
Tunku Aziz agar jangan mendedahkan agenda sebenar DAP, dan semalam sekali lagi Karpal mengancam ROS agar jangan mendedahkan hasil siasatan pemilihan CEC kepada rakyat.   Ugutan dan ancaman Karpal itu seolah-olah memberitahu rakyat bahawa, ‘saya ada pekung di dada, tapi Tunku Aziz dan ROS tidak patut bagitau orang yang saya ada pekung.’


Secara tidak langsung, Karpal telah mengesahkan persepsi rakyat bahawa DAP sememangnya tidak telus.

Dari satu sudut, kita tidak hairan dengan tindakan Karpal kerana kemungkinan besar DAP tidak kisah menunjukkan sikap tidak telus mereka kerana mereka tahu bahawa penyokong mereka iaitu 97% kaum Cina di negara ini sebenarnya tidak kisah pun jika parti itu tidak telus, korup, penipu atau apa saja.  Ini kerana yang penting bagi mereka adalah parti pemerintah haruslah dipimpin dan didominasi kaum Cina, itu saja.

Jika ini benar, maka ada sesuatu yang jelas tidak kena dengan pendidikan kaum Cina di negara ini.  Kita amat hairan bagaimana mereka begitu tidak malu melaungkan ketelusan dan integriti tetapi di masa yang sama menyokong parti yang jelas tidak telus dan tidak berintegriti.

Mungkinkah hipokrasi atau kecelaruan ini berpunca dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina?  Apakah yang diajar di sekolah tersebut?  Tidakkah mereka dididik dengan nilai-nilai murni, bercakap benar, hormat-menghormati dan bertoleransi?   Atau apakah benar seperti yang dikatakan mula-mula tadi iaitu mereka sebenarnya tidak faham bahasa dan tidak tahu apa itu ‘ketelusan’ mahupun ‘integriti’?  Mungkinkah ia membawa makna berbeza di dalam bahasa Mandarin?

Atau mungkinkah mereka diajar bahawa segala nilai-nilai murni hanya tertakluk kepada kaum lain saja sementara kaum Cina bebas melakukan apa saja?

Bukan kita ingin memperlekeh atau menghina kaum Cina, tetapi inilah persepsi yang lahir dari kenyataan Karpal Singh dalam kapasitinya sebagai wakil parti yang didokongi oleh 97% kaum itu.  Sewajarnya kaum Cina atau DAP berhenti menyalak tentang integriti dan ketelusan kerana ia semakin berbunyi seperti sedang menyalak terhadap diri sendiri.   Sedangkan, anjing gila pun tidak menyalak kepada diri sendiri.

Terkini....! DAP tidak menyalamatkan Red Bean Army.

Setelah beberapa orang ‘tentera’ Red Bean Army DAP dikenalpasti dan siasatan mula dijalankan, pasukan tersebut kini berada dalam keadaan terpinga-pinga dan tercari-cari arah untuk melepaskan diri.  Ada yang berlagak berani dan mencabar kerajaan untuk menangkapnya, tetapi lebih ramai yang kecut perut dan mula mencari helah untuk menafikan terlibat kononnya akaun laman sosial digodam dan macam-macam lagi.


Apa yang pasti dalam sekumpulan manusia, tidak mungkin semua mempunyai sifat dan sikap yang sama.  Biarpun pasukan Red Bean tersebut sebelum ini dilihat sebagai bergerak secara bersepadu, tetapi sikap sebenar seseorang manusia itu hanya akan terserlah apabila diancam.  Ancaman pula bukan sahaja terhadap masa depan iaitu ditangkap dan dipenjarakan tetapi ancaman yang lebih besar ialah dari pihak DAP sendiri.

Tidak mustahil ugut-mengugut dan amaran demi amaran diberi agar jangan mendedahkan rakan sendiri.  Tidak mustahil satu lagi kematian ala Teoh Beng Hock akan berlaku demi menyelamatkan DAP.   Mungkin juga akan ada upacara bunuh diri beramai-ramai jika benar-benar terdesak.

Sebagaimana Red Bean Army bertindak mengugut ahli keluarga dan sahabat handai sasaran mereka, maka tidak mustahil taktik yang sama akan digunakan oleh kepimpinan DAP ke atas mereka untuk memastikan mereka menutup mulut.    Malah, periuk nasi dan perniagaan sanak saudara mereka juga mungkin terjejas.

Segalanya mungkin bagi parti yang membawa pendekatan samseng dan terkenal dengan hati kering serta muka tebal sehingga sanggup menipu ahli sendiri dalam memilih ahli jawatankuasa parti.

Mungkin benar ada ahli Red Bean Army yang bersedia menerima segala kemungkinan atas dasar ‘pengorbanan’.    Jika ada, sahlah bahawa ahli-ahli Red Bean Army produk SJKC ini benar-benar tidak cerdik orangnya.   Pengorbanan ‘apa ke-jadahnya’ jika sengaja mengambil risiko memperjudikan hidup yang selesa dan bebas hanya kerana ingin sangat melihat kaum Cina berkuasa di Malaysia?   Kenapa perlu begitu rasis sedangkan merekalah yang kononnya menentang rasisme?

Apakah Red Bean Army benar-benar percaya yang DAP akan mampu menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada mereka berbanding Barisan Nasional?  Bukankah kemewahan dan kebebasan sudah pun mereka miliki di bawah BN?

Jika pengorbanan ini sekadar untuk kedaulatan Bahasa Mandarin atau mewujudkan lebih banyak tokong Cina dan pusat hiburan, apakah ia berbaloi untuk memusnahkan masa depan sendiri?   Lagipun, DAP bukannya memperjuangkan agama Buddha, mereka hanya memperjuangkan agama Kristian.

Sedarkah bahawa pemerintahan DAP hanya akan membawa Malaysia kembali ke zaman kegelapan.  DAP terkenal dengan sikap tertutup – menghalang kebebasan media, diktator, kronisme, korup dan samseng.  Ugutan, ancaman, kilas tangan, tutup mulut adalah pendekatan semulajadi DAP.  Berat sebelah, tidak boleh ditegur, tidak mendengar teguran malah mengancam orang yang menegur merupakan perkara biasa di dalam DAP.  Siapa yang mengkritik pula akan disaman, dan langsung tidak diberi peluang.

Red Bean Army pula dilatih untuk menyebar kebencian dengan menghapuskan terus nilai-nilai murni dalam masyarakat.  Maki hamun, memfitnah, memalukan dan menghina sasaran mereka semahu-mahunya adalah modus operandi utama mereka.  Pendek kata, nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan telah dipersetankan terus.

Jadi, bayangkan saja, apakah jenis negara yang akan dibentuk di bawah pemerintahan DAP?

Pemimpin DAP tidak merasa bersalah atau malu menipu ahli-ahli sendiri apatah lagi rakyat jelata.  Ini disuarakan sendiri oleh orang-orang di dalam DAP dan bekas-bekas ahli dan pemimpin DAP.   Malangnya, walaupun menyedari hakikat sikap DAP yang begitu, kaum Cina tetap memilih DAP.   Jelas sekali yang mereka lebih rela diperintah oleh diktator yang kejam daripada pemimpin yang adil semata-mata kerana diktator itu adalah dari kaum mereka.

Hanya pemimpin yang kejam yang sanggup menafikan penglibatannya dan membiarkan orang-orangnya menanggung padah sendiri.  Dan itulah yang DAP sedang lakukan terhadap Red Bean Army.

Lim Kit Siang telah menafikan mentah-mentah akan kewujudan Red Bean Army dan kononnya beliau tidak tahu menahu mengenainya.   Red Bean Army kini dibiarkan membela diri sendiri, kecuali, mungkin segelintir yang ‘dekat’ dengan pemimpin DAP yang akan dihulurkan sedikit bantuan untuk lari.

Justeru, jika Red Bean Army mempunyai sedikit ‘kecerdikan’ mereka akan menyedari bahawa mereka kini benar-benar terperangkap.  Bekerjasama dengan pihak berkuasa pun salah, tidak bekerjasama pun salah.   Ditelan mati diri, diluah pun mati juga.

Pesan kita kepada produk SJKC ini, jika ingin berkorban, biarlah untuk tujuan yang murni, seperti menyatupadukan masyarakat dan keamanan negara bukannya untuk memecabelah dan meruntuhkan negara atas nama rasisme.