Thursday, May 30, 2013

Subhanallah..... Cap Jari ada dalam Al Quran yang Menjelaskan Identiti Manusia.

Tanggal 05 Mei 2013 Melaysia telah menempa satu lagi sejarah apabila telah berjaya membentuk         sebuah struktur kerajaan dengan melaksanakan sistem demokrasi iaitu struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat  melalui Pilihan Raya Umum yang ke 13 dengan erti, Rakyat diberi hak untuk mengundi dan berhak untuk memilih Kerajaan mereka.

Namun bergitu sehingga kehari ini masih ada lagi pihak masih meragui  sistem demokrasi Pilihan Raya Raya Malaysia yang mana Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) bertanggung jawab sepenuhnya untuk melaksanakan system tersebut.


Dalam PRU13 Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia SPR memuktamadkan keputusan rasmi dengan menyaksikan negeri milik pembangkang sebelum ini, Kedah telah tumbang kepada Barisan Nasional.  Manakala hanya 3 negeri yang berjaya dipertahankan Pakatan Rakyat – Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dengan mendapat majoriti 2/3 di setiap negeri tersebut. Selain daripada itu adalah milik Barisan Nasional.


Keraguan yang ditimbulkan oleh pihak Pembangkang adalah "Dakwat Kekal" dan "Pengundi hantu" yang menyebabkan sehingga ke hari ini mereka masih lagi dalam suasana HARI-HARI KEMPEN PILIHAN RAYA.


Oleh yang demikian Air Suam berharap dan mencadangkan PRU14 supaya kaedah Imbasan Cap Jari Electronik digunakan untuk mengesahkan pengundi yang layak untuk mengundi, ini adalah cadangan  penambahbaikan yang disyorkan oleh banyak pihak hasil daripada diskusi pasca-Pilihan Raya Umum Ke-13 (pasca-PRU-13) yang lalu. 

Dengan keadah ini dapat menyelesaikan beberapa perkara dalam satu masa iaitu:
  • Mengesan pengundi hantu
  • Tidak lagi mengunakan dakwat kekal
  • Mengesan kad Pengenalan Palsu
  • Dll.
Al Quran Menjelaskan Identiti Manusia Melalui Cap Jari mempunyai keunikannya yang tersendiri. Betapa hebatnya ciptaan Allah SWT ini, walaupun jumlah manusia di muka bumi ini berbilion ramainya sejak dari kelahiran Nabi Adam AS sehinggalah terjadinya hari Kiamat, namun cap jari manusia tidak sama.

Setiap orang, termasuk mereka yang lahir kembar, memiliki pola cap jari yang khas dan berbeza di antara satu sama lain. Itulah sebabnya, cap jadi menjadi tanda pengenal manusia untuk membezakan seseorang dengan orang lain.
sistem pengekodan ini dapat disamakan dengan sistem kode garis (barcode) sebagaimana yang digunakan ketika ini. Penekanan pada cap jari mempunyai makna sangat khusus.
Cap jari setiap orang adalah khas bagi dirinya sendiri. Setiap orang yang hidup atau pernah hidup di dunia ini memiliki siri cap jari yang unik dan berbeza dari orang lain.
Sebab itu mengapa cap jari digunakan sebagai kad identiti yang sangat penting bagi pemiliknya dan digunakan di seluruh dunia. Keunikan cap jari ini baru ditemui pada akhir abad ke-19 M.
Sebelumnya, orang menghargai cap jari sebagai lengkungan-lengkungan biasa tanpa makna khusus. Namun dalam Al-Quran, Allah merujuk kepada cap jari, yang sedikitpun tak menarik perhatian orang waktu itu, dan mengarahkan perhatian kita pada erti penting cap jari, yang baru mampu difahami di zaman sekarang.
Pada abad ke-7 M, Al-Quran telah menyebutkan bahawa cap jari menjadi tanda pengenal manusia. Dalam Al-Quran disebutkan mudah bagi Allah untuk menghidupkan manusia selepas kematiannya, pernyataan tentang cap jari manusia secara khusus ditekankan dalam sebuah ayat.
Iaitu surah Al-Qiyamah ayat 3-4:
“Apakah manusia mengira bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-belulangnya? Ya, bahkan Kami mampu menyusun (kembali) hujung jari-jarinya dengan sempurna.” (Al-Quran, 75:3-4).
Sesungguh Al-Quran adalah firman Allah yang Maha Benar.



Panas.....! Lapuran Polis Terhadap Seorang Guru Di Gelang Patah Johor.

GELANG PATAH : Hari ini Facebooker Johor Bangkit mengejutkan Malaysia didalam lelaman muka bukunya dengan satu laporan polis yang dibuat oleh keluarga seorang murid tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah (SMKGP) terhadap seorg guru berbangsa Cina yang sudah lama memaki dan membuli murid-murid berbangsa Melayu dan India.

Dalam laporan tersebut menyatakan guru perempuan berbangsa cina tersebut bernama POH KIM THYE telah berkali-kali menghasut pelajar Melayu membenci Kerajaan dengan menyatakan Kerajaan BN sebagai BODOH, LEMBU dan BABI sebab diketuai oleh orang Melayu.


Guru tersebut juga sudah terbiasa memanggil murid-murid Melayu dengan kata-kata yang sangat menghina disamping sering mengamalkan perbuatan menonjol-nonjol kepala murid-murid Melayu dan India.

Johor Bangkit juga berharap pihak Kementerian Pendidikan dapat mengambil tindakan serius terhadap guru permpuan yang bernama POH KIM THYE di Sekolah Menengah Gelang Patah tersebut.

Tulisannya lagi menyatakan Inilah buktinya bahawa sikap kurang ajar dan biaDAP dan jelas bersikap PERKAUMAN yang sangat menebal.

Inilah juga hasil daripada politik menghasut dan membenci 

antara kaum di Negara kita yang disebarkan oleh DAP.







Perhimpunan akan menjadi Huru-hara andai Gagal Kawal Keadaan.


Perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan yang bertujuan menghasut kepada keganasan merupakan cerminan terhadap penolakan keputusan pilihan raya. Apa yang pasti, setiap yang dilakukan oleh pakatan pembangkang jelas melanggar undang-undang dan mencabar ketegasan kepimpinan keselamatan dalam negara.

Namun, satu tindakan tegas yang diambil dan amaran yang diberi tidak memberikan kesedaran untuk mereka berhenti melakukan kekecohan ini. Budaya melanggar undang
-undang dan mereka fahaman mereka sendiri mengundang satu kesan yang buruk buat negara yang sedang pesat membangun.

Walaupun mereka cuba mengatakan perhimpunan yang dilakukan adalah merupakan perhimpunan yang aman, namun secara rational ia bukanlah satu jaminan tidak akan berlaku sebarang huru-hara. Ini kerana kehadiran yang ramai akan menyebabkan pihak penganjur GAGAL mengawal suasana.

Lihat sahaja apa yang berlaku ketika seisi perlawanan bola sepak separuh akhir Piala FA 2013 antara pasukan Pahang menentang Johor Darul Takzim yang diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebelum ini.

Kegagalan pihak penganjur mengawal keadaan telah menyebabkan berlaku insiden kekecohan sehingga menyebabkan perlawanan yang diadakan itu terpaksa ditunda. Ia berpunca dari kehadiran penonton yang melebihi had yang dibenarkan serta tindakan segelintir yang bertindak agresif sehingga mencetuskan suasana tegang.

Sedangkan mereka yang hadir sepatutnya patuh dan hormat kepada undang-undang dengan tidak bertindak mengikut nafsu dan hati sendiri. Kesannya, ia akan menjejaskan keharmonian negara dan mengundang kepada rusuhan besar-besar jika berlakunya sedikit pertempuran yang tidak dijangka.

Budaya begini jika menular akan mewujudkan satu suasana yang tidak terkawal dan secara jelasnya akan memberikan kerugian besar kepada negara. Sebagai pakatan pembangkang yang terdiri daripada ramai golongan bijak pandai dan berilmu, mereka seharusnya menggunakan pendekatan yang lebih baik dari sekarang.

Demonstrasi jalanan dan himpunan haram tidak akan menyelesaikan masalah malah hanya akan menambahkan lagi kekacauan dan kesusahan kepada rakyat khususnya. Kerajaan sudah menyediakan saluran-saluran yang betul bagi rakyat yang mempunyai keraguan mahupun bantahan.

Hanya perlu menghormati undang-undang dan menjalani dengan baik serta melalui saluran yang betul sahaja,
dan perkara itu jauh lebih mudah dari melanggar undang-undang. Menyemai unsur negatif yang berbaur hasutan terutamanya kepada golongan muda sama seperti menyiram minyak ke dalam api.

PR harus memikirkan cara yang lebih bertamadun dan profesional bagi menangani perkara ini, iaitu melalui undang-undang. Seperti yang semua maklum, tiada siapa yang mengatasi undang-undang. Dan itu adalah jalan mudah dalam menghadapi bantahan sebegini.

Dalam negara juga wujudnya Parlimen yang membolehkan semua ahlinya membahaskan cadangan dan mengutarakan pendapat secara halal. Dan memang sudah ternyata, cara ini berjaya mendatangkan hasil tanpa mengganggu gugat keselamatan awam dan juga negara.

Sudah tiba masanya pakatan pembangkang untuk lebih serius dalam kerja dan menghormati undang-undang yang ada termasuk institusi-institusi tertinggi dalam negara.

Ketegasan Singapura membuatkan PR Terkedu.

 Pemimpin Pakatan Rakyat benar-benar terkedu apabila ditempelak oleh Singapura agar jangan masuk campur dalam hal-ehwal negara itu.  Singapura bertindak demikian apabila pemimpin PR, antaranya Nurul Izzah dan Teo Ni Ching, menghantar petisyen meminta kerajaan negara itu ‘berlembut’ terhadap 21 penyokong PR dari kaum Cina yang berdemonstrasi menentang keputusan PRU-13.

 Nampaknya PR telah tersalah congak akan hubungan parti itu dengan Singapura.

Hakikatnya, Singapura hanya berminat untuk ‘menguasai’ Malaysia, bukannya berkawan dengan pemimpin parti politik Malaysia termasuk pembangkang, walaupun negara itu begitu ‘mesra’ pembangkang sebelum ini.

Singapura terkenal dengan sikap ‘keras’ dan tidak bertolak ansur dengan sesiapa yang melanggar undang-
undang.  Jika tidak takkanlah negara itu dirujuk sebagai ‘Negara Denda’ (Fine City).

Kerajaan Singapura sentiasa memastikan bahawa mereka tidak dipermainkan oleh rakyat, apatah lagi rakyat negara lain.

Maka jelaslah bahawa penyokong PR sememangnya terdiri dari manusia yang ‘kurang cerdik’ dengan sengaja mencari fasal di negara itu.   Mungkinkah mereka menyangka, Singapura yang dikuasai Cina akan berlembut terhadap kaum Cina juga?

Sewajarnya, 21 penyokong PR yang terkinja-kinja berdemo di Singapura sambil menjerit-jerit sehingga kehabisan suara itu sedar apakah yang dipanggil ‘tiada kebebasan bersuara’ atau ‘tiada hak untuk ekspresi diri’ dengan sebenar-benarnya.

Ketika berada di Malaysia mereka mempunyai hak untuk berbuat apa sahaja, termasuk menghamun Perdana Menteri secara konsisten dan giat sekali.  Mereka diberi hak berhimpun dan menghina kerajaan semahu-mahunya.  Malah, mereka juga boleh menyebar penipuan, menabur fitnah dan kebencian terhadap kerajaan tanpa diambil apa-apa tindakan.  Di Malaysia jugalah mereka memperoleh kekayaan sehingga mampu mendabik dada sebagai pembayar cukai terbanyak.

Tetapi kini, mulut mereka ditutup oleh negara yang mereka jadikan idola sebagai terbuka dan lebih baik, iaitu Singapura.   Semuanya hanyalah kerana mereka ‘berhimpun secara aman’.

Ironi sekali kerana Singapura sebelum ini telah didapati ‘menghantar wakil’ dalam Himpunan BERSIH dan Lynas di negara ini.

Nampaknya, inilah yang pemimpin PR tidak faham, iaitu Singapura menyokong dan memberi bantuan kepada PR untuk membuat huru-hara di Malaysia sahaja, bukannya di negaranya.

Tentu sekali, sokongan dan bantuan Singapura kepada PR itu ada sebabnya.  Dan sebabnya itu pula bukanlah kerana ingin memastikan rakyat negara ini ada hak kebebasan bersuara ataupun sekadar ‘suka-suka ingin melihat jiran huru-hara’ .

Dari kesungguhan Singapura membantu Lim Kit Siang di Johor malah memberi berbagai bantuan kepada DAP termasuk dari segi kewangan, maka pastinya negara itu mempunyai sebab yang jauh lebih besar dari itu.

Oleh itu, sebagai parti yang ingin sangat menjadi pemerintah di Malaysia, PR wajib mengetahui bahawa negara jiran itu tidak pernah melupakan cita-cita untuk menguasai negara ini.

Jika PR gagal memahami perkara ini maka jelaslah bahawa PR tidak layak untuk menjadi pemerintah kerana
mana mungkin negara dibiarkan diperintah oleh parti yang tidak dapat membaca niat musuh yang ingin menjajah?



Gempar...! Mukjizat Mat Yakob......?

Gempar seluruh negara apabila sebuah keluarga di Kelantan mendakwa minyak petrol muncul tanpa disangka dalam telaga milik mereka di Pasir Pekan, Kelantan. Kejadian itu disedari kira-kira dua minggu lalu ketika salah seorang ahli keluarga itu membersihkan telaga tersebut.

Menariknya minyak petrol yang ditemui itu memiliki warnanya yang sama seperti petrol yang dijual di stesen-stesen minyak dan ia boleh terus diguna pakai untuk menghidupkan mesin rumput serta akan terbakar sekiranya dicucuh dengan api.




Ajaib bukan! Tanpa melalui proses penyulingan dan penapisan, minyak petrol terus terhasil, agaknya selepas

ini banyaklah telaga-telaga yang akan digali semata-semata untuk mendapatkan minyak petrol secara mudah.

Mungkin selepas ini bangkraplah semua syarikat minyak antarabangsa dan tiada lagilah proses cari gali serta penyulingan minyak hitam pekat di kilang penapisan sebagaimana biasa menjadi amalan sekarang.

Berikutan penemuan itu, maka timbullah spekulasi dan khabar angin mendakwa kemunculan tiba-tiba minyak petrol itu adalah petanda betapa barakahnya pemerintahan PAS di Kelantan sehingga dikurniakan minyak petrol yang mungkin saja dari jenis RON95 atau barangkali juga dari gred tinggi seperti RON97.

Secara automatik nama Menteri Besar Kelantan yang baru Mohd Yaacob atau lebih dikenali sebagai Mat Yakob menjadi tersohor kerana kejadian itu berlaku di kawasan DUN Pasir Pekan yang diwakilinya dan kebetulannya ia timbul selepas seminggu beliau menjadi MB Kelantan menggantikan Nik Aziz.

Pendek kata, kejadian penemuan minyak petrol yang sudah siap disuling itu akhirnya akan dianggap sebagai mukjizat hasil barakah kehebatan pemerintahan Mat Yakob dan PAS, meskipun kebenaran minyak yang ditemui itu tidak dapat ditolak kemungkinan berpunca dari kebocoran tangki stesen minyak petrol berdekatan.

Lantaran itu, janganlah terkejut seandainya selepas ini Mat Yakob akan melalui fasa baru peningkatan taraf status politiknya dalam PAS, dari seorang ustaz yang kurang dikenali barangkali muncul satu lagi tok guru jadi-jadian sama seperti Nik Aziz yang dulunya hanyalah ustaz biasa.

Wednesday, May 29, 2013

Gempar...! Gambar Pengundi Hantu sedang beratur.



Setelah beberapa minggu PRU berlalu, Anwar Ibrahim masih lagi menyanyikan lagu SPR penipu. Biarpun sekutu dan orang-orangnya sendiri sudah mendiamkan diri, namun Anwar masih tidak dapat berhenti menyanyi dan berbuat konsert di sana sini untuk menghiburkan anak-anak muda tak sedar diri.

Kata Anwar, SPR penipu kerana dakwat tak kekal dan SPR telah pun memberi jawapan yang panjang lebar mengenai perkara tersebut.   Justeru, benar ada kes dakwat tidak kekal, tetapi itu bukan satu bukti penipuan, hanya bukti kelemahan.

Jika Anwar ingin mendakwa SPR menipu, beliau harus melaporkan perlakuan tersebut secara spesifik, contohnya mengundi dua kali kerana dakwat dijari telah hilang selepas dibasuh, dan bukan sekadar melaporkan dakwat hilang selepas dibasuh.

Masalahnya, walaupun sudah berminggu berlalu, Anwar tidak mampu mencari walau satu kes sebegitu untuk dilaporkan.

Samalah juga dengan tuduhan beliau mengenai pengundi hantu.  Sehingga kini, tiada satupun laporan mengenai pengundi hantu.  Jangankan senarai nama mereka, tetapi satu nama pun tidak ada.   Yang ada hanyalah satu demi satu pembongkaran mengenai salah-tuduh dan penipuan oleh pihak Anwar sendiri.

Antaranya, Chua Lai Fatt iaitu warga Malaysia keturunan India yang menjadi anak angkat kepada keluarga Cina yang dituduh PR sebagai pengundi hantu.  Kemudiannya, kisah sekeluarga yang dituduh pengundi hantu lalu terjadi ‘perang mulut’ sehingga kenalan dan jiran mereka mengesahkan kedudukan sebenar.  Ada juga kes di mana warga Indonesia dibayar oleh puak PR agar berlakon sebagai pengundi hantu tetapi kemudiannya kantoi apabila mereka sendiri mengaku menerima bayaran dari PR.

Tidak lupa juga sebuah bas yang kononnya membawa pengundi hantu BN siap membawa bendera BN yang entah kenapa melalui kawasan yang dipenuhi penyokong PR tetapi kemudiannya didedahkan sebagai sengaja diada-adakan oleh PR sendiri.

Dan paling terbaru gambar salah seorang yang dikatakan pengundi hantu dan diedarkan di Facebook oleh puak PR, akhirnya kantoi apabila gambar lamanya bersama Bhawani dan Ambiga terdedah.

Oleh itu, inilah disarankan kepada pihak SPR iaitu daripada melayan Anwar Ibrahim menuduh itu dan ini tanpa membuat laporan jelas, adalah lebih baik pihak SPR sendiri yang membuat laporan terhadap Anwar dan Ambiga kerana menipu.   Dengan cara ini sahaja maka Anwar akan terpaksa mendedahkan senarai nama-nama pengundi hantu yang dikatakannya.

Jika Anwar punya maklumat terperinci mengenai jumlah dan cara kemasukan mereka yang dikatakan pengundi hantu sebelum ini, maka tidak mungkin Anwar tidak mempunyai meklumat mengenai nama mereka, tempat mereka mengundi dan siapa yang mereka undi dalam PRU yang lalu.

Lebih penting, di manakah mereka sekarang? Adakah mereka sudah pulang ke Alam Kubur sehingga di panggil oleh PR untuk PRU14?
Apakah pengundi hantu itu telah dihantar pulang kealamnya atau terus menjadi warganegara Malaysia?

Seharusnya, inilah yang ditanya oleh peserta-peserta Himpunan 505 setiap kali Anwar berucap di pentas.   Tidakkah mereka sendiri tertanya-tanya akan perkara ini?   Bagaimana mereka boleh berhimpun tanpa penjelasan yang pasti tentang kenapa mereka berada di situ?   Bagaimana seseorang itu sanggup berhimpun atas alasan menentang penipuan tanpa dapat menjelaskan penipuan apa, di mana, siapa yang terlibat dan bagaimana ia berlaku?

Maka jelaslah sudah bahawa peserta-peserta Himpunan 505 sememangnya terdiri dari manusia-manusia yang tidak tahu berfikir.  Dan hanya manusia-manusia beginilah yang menjadi pengikut Anwar Ibrahim dulu kini dan selamanya.

Tuesday, May 28, 2013

Gempar...! Kit Siang di buru Hantu Shen Yee Aun

Hantu Shen Yee Aun Buru Kit Siang

Kewujudan Red Bean Army, iaitu tentera siber DAP bukan lagi satu rahsia.  Jika sebelum ini ramai yang musykil dengan jumlah komen menyokong dan ‘like’ bagi sesuatu bahan yang menentang kerajaan di internet tetapi segala kemusykilan terjawab apabila seorang bekas pemimpin muda DAP sendiri mendedahkan akan kewujudan Red Bean Army ini.

Menurut Shen Yee Aun, Red Bean Army berjumlah sehingga 2000-3000 orang dan dibayar dari RM3000-RM8000 seorang.  Masing-masing mempunyai sehingga 20-50 akaun laman sosial dan beroperasi di beberapa tempat dengan dua pejabat utama di Komtar Pulau Pinang dan Hotel Concorde Kuala Lumpur.

DAP, bagaimanapun menafikan kewujudan tentera ini.

Malah, Lim Kit Siang dalam blognya juga turut memberi perhatian kepada isu ini dan mempersoalkan kebijaksanaan Dato’ Seri Zahid Hamidi yang membuat kenyataan mengenai Red Bean Army DAP.  Kata Lim Kit Siang, mana mungkin DAP membelanjakan sejumlah of RM15 sebulan, atau RM180 juta setahun atau RM1.08 billion untuk keseluruhan enam tahun kewujudan Red Bean Army.

Mungkin jumlah itu kelihatan terlalu tinggi untuk ‘dihadamkan’ oleh logik akal kita.  Tetapi, kita wajar memahami akan pentingnya pilihanraya ke-13 untuk DAP.  Malah, ia terlalu penting sehinggakan mereka tidak mampu menyembunyikan campurtangan PAP Singapura bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.  Slogan yang dilaungkan mereka yang berbunyi ‘Ini Kalilah’ sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka telah mencagarkan segala-galanya untuk PRU kali ini.

Maka tidak hairanlah kenapa kaum Cina sanggup turun berdemonstrasi dalam Himpunan 505 sedangkan selama ini kerja berdemonstrasi ini hanya diletakkan di atas bahu PAS.  Jelas, DAP benar-benar terkilan dan kecewa kerana gagal memenangi PRU-13 walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh menambah dan menukar pengundi di kawasan-kawasan ‘strategik’.

Oleh itu, DAP masih mengharap yang Anwar akan mampu merampas kuasa dari BN melalui apa cara sekali pun.

Namun, cita-cita DAP semakin sukar untuk dicapai dengan pendedahan mengenai Red Bean Army.  Kini, rakyat tahu bahawa berpuluh-puluh ribu komen dan ‘like’ terhadap bahan yang menghentam kerajaan sebenarnya hanya mewakili lebih kurang 2,000 – 3,000 orang sahaja.  Justeru, segala propaganda mereka semakin kurang menyengat.

Lebih buruk lagi, apabila Red Bean Army dibuktikan bukan sahaja sebagai samseng tetapi juga penipu tegar.  Mereka menipu dan terus menipu tanpa malu, walaupun penipuan mereka telah dibongkarkan berkali-kali.

Penipuan yang melampau dan tidak tahu berhenti bila sudah terkantoi membuktikan yang Red Bean Army bukanlah sekumpulan tentera yang bijak.  Perlahan-lahan Red Bean Army kini menjadi liabiliti kepada DAP di mana setiap bahan yang digembar-gemburkan mereka mula diragui oleh penyokong mereka sendiri.  Malah, ada juga dari kalangan pemimpin DAP sendiri yang bangun menangkis pembohongan mereka, contohnya dalam isu ‘blackout’.

Lim Kit Siang boleh terus menafi dan menipu, namun rakyat tahu bahawa tiada apa yang dapat seorang
penipu lakukan untuk menyelamatkan diri selain terus menipu.  Dan Kit Siang memilih untuk terus menipu kononnya Red Bean Army tidak wujud.  Pelik sekali kerana Kit Siang tidak pula menghentam Shen Yee Aun, iaitu sumber asal maklumat mengenai Red Bean Army.  Sebaliknya, beliau hanya menghentam Dato’ Seri Zahid Hamidi.


Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh mengesahkan kewujudan tentera bodoh ini jika benar-benar peka dengan aktiviti-aktiviti yang berlaku di internet, terutama laman-laman sosial.

Bayangkan bagaimana satu bahan yang mengutuk kerajaan boleh mendapat ‘like’ sehingga lebih 50,000 dalam masa sejam?   Dan bagaimana satu artikel di Malaysiakini boleh menerima beratus-ratus komen dalam masa tidak sampai sejam dengan semua akaun pemberi komen tidak mempunyai ‘wajah’?

Justeru, sebelum Lim Kit Siang mempersoal kebijaksanaan Dato’ Seri Zahid Hamidi, lebih baik beliau sendiri mempersoalkan kebijaksanaan beliau sendiri.  Apakah jenis pemimpin yang menghabiskan jutaan ringgit untuk membayar tentera yang kurang bijak?   Apakah jenis pemimpin yang berjuang dengan cara samseng dan menipu?

Kini, terbukti berjuta-juta ringgit yang dilaburkan DAP dan PAP sudah pun lebur.  Red Bean Army sudah pun terdedah.  Penipuan mereka juga sudah terkantoi.   Hari ini, tentera ini terpaksa ke hulu ke hilir mengikut Anwar ke himpunan-himpunan haram.

Agak-agak Kit Siang, siapa yang bijak, siapa yang bodoh?