Wednesday, June 5, 2013

Terbaik dan Terkini.... Dari Menteri Besar Johor yang KE-14.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang KE-14Mohamed Khalid yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Dewan Undangan Negeri, Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini kira-kira 10.40 pagi May 14, 2013.
Beliau mengambil alih jawatan menteri besar Johor daripada Datuk Abdul Ghani Othman yang memegang jawatan itu selama 18 tahun bermula daripada 1995.
Setelah memegang tampuk kepimpinan Kerajaan Johor Beliau telah membuat satu pengumuman yang telah di sambut baik oleh semua masyarakat Negeri Johor khasnya masyarakat yang tinggal di kawasan Bandar di Negeri ini.

Kerajaan Johor akan mengenakan kadar cukai baharu yang lebih tinggi kepada kira-kira 130,000 pegangan asing yang memiliki hartanah di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata kadar cukai baharu yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat itu berbeza dengan kadar yang dikenakan kepada penduduk tempatan.


"Sudah tiba masanya kerajaan negeri memberi perhatian kepada pegangan asing di negeri ini kerana rakyat kita di negara luar juga dikenakan kadar cukai yang berbeza. Datuk Seri Mohamed Khaled berkata untuk permulaannya Kerajaan Johor kenakan kadar berbeza bagi cukai harta," katanya selepas melakukan tinjauan mesra di Zon Permas Pada 2 Jun 2013 yang lepas.

Katanya, usaha itu juga bertujuan meningkatkan hasil dan mengukuhkan pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Johor serta meningkatkan tahap perkhidmatan kepada penduduk.

Datuk Seri Mohamed Khaled berkata beliau yakin rakyat Johor akan bersetuju dengan keputusan tersebut kerana ia akan memberi keuntungan kepada mereka manakala warga asing pula perlu belajar bersyukur kerana memiliki harta di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau berkata PBT di negeri ini juga akan melakukan penilaian semula terhadap nilai hartanah di kawasan pentadbiran masing-masing bagi membolehkan cukai dikenakan mengikut kadar harga pasaran hartanah semasa.

Katanya kali terakhir penilaian dibuat pada sekitar tahun 1980-an dan nilai hartanah tentunya meningkat dan berbeza berbanding dahulu.

"Cukai yang dikutip masa ini adalah berasaskan kepada nilai pada 1980-an, maknanya jika rumah kedai berharga RM30,000 pada waktu itu, cukai yang dikenakan kini masih berdasarkan nilai RM30,000 walhal kita percaya harga rumah kedai itu meningkat kepada nilai yang lebih besar," katanya.

Dalam perkembangan lain beliau berkata sebanyak RM4 juta diperuntukkan bagi pembangunan baik pulih, penurapan dan pelebaran jalan raya serta membina jalan baru di Zon Permas.

Peruntukan di bawah kerajaan pusat dan negeri itu bertujuan memberi keselesaan kepada penduduk setempat, katanya.

1 comment:

  1. Awalnya aku hanya mencoba main togel akibat adanya hutang yang sangat banyak dan akhirnya aku buka internet mencari aki yang bisa membantu orang akhirnya di situ lah ak bisa meliat nmor nya AKI NAWE terus aku berpikir aku harus hubungi AKI NAWE meskipun itu dilarang agama ,apa boleh buat nasip sudah jadi bubur,dan akhirnya aku menemukan seorang aki.ternyata alhamdulillah AKI NAWE bisa membantu saya juga dan aku dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik berkat bantuan AKI NAWE dgn waktu yang singkat aku sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup ,kita yang penting kita tdk boleh putus hasa dan harus berusaha insya allah kita pasti meliat hasil nya sendiri. siapa tau anda berminat silakan hubungi AKI NAWE Di Nmr 085--->"218--->"379--->''259'

    ReplyDelete