Tuesday, April 30, 2013

Lawatan Muhibbah Y.A.B Dato Abdul Ghani Bin Othman ke Kampung Sungai Melayu.

Photo 

30hb April 2013. Jam 1.00 tghari. Lokasi Kampung Sungai Melayu. Lawatan Muhibbah Y.A.B. Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Othman bersama calon BN DUN Nusajaya Dr.Hj.Zaini Bin Abu Bakar ke Kampung Sungai Melayu pada hari ini telah mendapat sambutan yang sangat mesra oleh seluruh penduduk kampung tersebut. 

Parlimen Gelang Patah dan Dun Nusa Jaya melawat ahli-ahli Persatuan Pemandu Teksi Gelang Patah.

Photo

30hb April 2013. Jam 12.00tghari. Lokasi Perhentian Teksi Pekan Gelang Patah. YAB Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Othman Calon BN Parlimen Gelang Patah bersama Calon BN DUN Nusajaya Dr.Hj.Zaini bin Abu Bakar telah melawat ahli-ahli Persatuan Pemandu Teksi di Perhentian Teksi Gelang Patah.

Majlis Penyampaian Touch Points Secara ON OFF Kepada Peladang, Penternak dan Nelayan Oleh Menteri Besar Johor.

Photo 


30hb April 2013, Jam 9.30pagi. Lokasi Dewanraya MPJBT Gelang Patah. Majlis Penyampaian Peruntukan Touch Points Secara “ONE OFF” Kepada Peladang, Penternak dan Nelayan telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor.

Monday, April 29, 2013

Rawatan Percuma Dr.Zaini. Calon Barisan Nasional Nusa Jaya.

Dalam Majlis Ramah Mesra Masyarakat Orang Asli di Kampung Simpang Arang, Calon BN Dr.Hj.Zaini sempat mengadakan program khidmat masyarakat melalui pemeriksaan kesihatan percuma terhadap masyarakat Orang Asli tersebut.
PhotoUsaha murni yang sentiasa tersemat di hati. Kesihatan adalah lambang sesejahteraan masyarakat. Semoga usaha ini dapat dikekalkan selamanya. Bersesuaian dengan selogan BARISAN NASIONAL rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan. SYABAS kepada Dr.Hj Zaini bin Abu Bakar.

Calon Barisan Nasional DUN Nusajaya. Dr. Hj Zaini Bin Abu Bakar buat lawatan ke Balai Polis Gelang Patah.







Photo
29hb April 2013. Jam 12.30 tghari. Lokasi Balai Polis Gelang Patah. Calon Barisan Nasional DUN Nusajaya, Dr. Hj.Zaini Bin Abu Bakar telah mengadakan lawatan ke Balai Polis Gelang Patah. Tujuan lawatan ini adalah untuk memperkenalkan diri ...beliau sebagai Calon BN DUN Nusajaya kepada kesemua kakitangan pasukan keselamatan di balai tersebut mendapatkan maklumat terus dari Balai Polis tersebut mengenai indeks kadar jenayah di Pekan Gelang Patah. 
 
Dr. Haji Zaini berhasrat untuk mengadakan beberapa siri kerjasama dengan pihak Polis bagi menjadikan kawasan DUN Nusajaya sebagai zon yang paling selamat untuk didiami dan dikunjungi oleh para pelancung serta orang ramai. Dr.Hj. Zaini juga amat berharap agar hubungan antara orang awam dengan pihak PDRM sentiasa dipereratkan dari masa ke semasa melalui program Komuniti Polis dan Rakan Cop. Di akhir perjumpaan, Dr.Hj.zaini juga berharap pihak Pasukan Keselamatan akan terus member sokongan dan kepercayaan kepada Kerajaan Barisan Nasional untuk terus mentadbir Negara.

Photo

Photo

Photo

Sunday, April 28, 2013

Majlis Ramah Mesra bersama masyarakat Orang Asli Kampung Arang Gelang Patah.


Beramah mesra antara penduduk orang asli di Kampung Simpang Arang, Gelang Patah. Begitulah nampaknya kerja-kerja kemasyarakatan yang selalu dilakukan sebilang masa. Penduduk berpeluang menemua Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia.
Perjumpaan ini juga di sertai oleh wakil UMNO, BARISAN NASIONAL. Walaupun di mana kita berada pemimpin bersama rakyat tidak boleh di pisahkan.Dr.Zaini Dun Nusa Jaya turut serta dalam majlis tersebut.

Friday, April 26, 2013

Lawatan Dr.Hj Zaini bin Abu Bakar ke Tapak Pasar Malam Taman Universiti. Johor.

 Dun Nusajaya Dr.Hj.Zaini bin Abu Bakar.

26hb April 2013. Jam 5.30 petang. Lokasi Tapak Pasar Malam Taman Universiti. Calon BN DUN Nusajaya Dr. Haji Zaini Bin Abu Bakar telah meluangkan masa melawat dan beramah mesra dengan peniaga-peniaga serta para pengunjung di Tapak Pasar Malam Taman Universiti. Dr. Haji Zaini memperkenalkan dirinya sebagai calon baru BN Dun Nusajaya sambil mengedarkan risalah mengenai dirinya dan Manifesto Aku Janji Barisan Nasional kepada kesemua peniaga serta pengunjung di tapak pasar malam tersebut.

Air Suam

Air Suam banyak hasiatnya. Dari air sejuk di panaskan, menunggu sejuk jadilah air suam.



   SEDANG DI UP GRADE. BAKAL MELETUP.