Thursday, June 13, 2013

Terkini..! Angsana dan UDA punya cerita.


PLAZA ANGSANA yang lebih sinonim dipangil Angsana sahaja bagi kebanyakan rakyat malaysia khasnya buat rakyat Johor, bagi yang belum tahu, ianya adalah dimiliki oleh UDA Mall Sdn Bhd, ahli Kumpulan UDA Holdings Berhad .


Plaza Angsana adalah sebuah pusat membeli-belah yang terletak di Jalan Skudai Tampoi, Johor Bahru, Johor, Malaysia. Ianya terkenal dengan penjualan barang-barang buatan dalam dan luar negara dengan harga yang berpatutan mengikut keadaan semasa dan perayaan, Ianya adalah tempat tumpuan kebanyakan masyarakat Melayu bila menjelangnya hari raya puasa,Walaupun Plaza Angsana ni bukanlah kategori shopping complex moden dan baru di Johor Bahru tetapi ianya tetap menjadi tumpuan rakyat Malaysia dan juga rakyat Singapura.


Kini Plaza Angsana dikenali dengan nama Angsana Johor Bahru, Mall selepas penjenamaan semula dan menggunakan nama dan logo barumya. Sesuai dengan penjenamaan baru itu, UDA Mall juga melaksanakan penambahbaikan dan menaik taraf kemudahan yang ada di Angsana Johor Baharu Mall yang mencakupi empat fasa yang telah siap sepenuhnya awal suku pertama 2013.

Plaza Angsana bukan sahaja terdapat di Negeri Johor malahan ada juga di negeri-negeri lain, kini Gren Mall, Ipoh, Perak akan dikenali sebagai Angsana Ipoh Mall, manakala Plaza Ampangan, Seremban pula akan dikenali sebagai Angsana Seremban Mall.



Namun Angsana Johor Bahru, Mall kini ada desas-desus dari peniaga mengatakan seperti mengetepikan peniaga Melayu, Betul ke..? dan benarkah tiupan angin ini..? Dengan pelbagai alasan yang menyebabkan mengikut pecahan peniaga melayu hanya 50 peratus dan selebihnya lain-lain. 

Sekira ianya benar terjadi di harap pihak UDA Mall Sdn Bhd, ahli Kumpulan UDA Holdings Berhad menkaji semula dan dapat memberi ruang dan peluang sesuai dengan penubuhan UDA yang ditubuhkan pada tahun 1971 dengan matlamat utamanya adalah untuk membantu membangunkan kawasan bandar yang berkaitan dengan perniagaan, industri dan perumahan. UDA sebenarnya diwujudkan untuk menangani masalah peneroka-peneroka setinggan bagi tujuan penempatan semula walaupun ‘berselindung’ di sebalik pelbagai objektif agar tidak menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat bukan Melayu-Bumiputera.

Justeru, jika ianya benar-benar berlaku apa hak UDA Holdings mencampakkan kepentingan Melayu-Bumiputera yang sepatutnya menjadi jalur dan teras kewujudan mereka di negara ini?

Barangkali sesuatu perlu dilakukan untuk menyedarkan seluruh Melayu-Bumiputera bahawa individu-individu Melayu yang diberikan kuasa dan kedudukan hasil daripada sokongan yang diberikan, sebenarnya tidak membawa agenda memajukan Melayu-Bumiputera sungguhpun itulah yang mereka perkatakan apabila ditanya.

Masih belum terlambat sebenarnya untuk membetulkan masalah ini… namun, adakah Kerajaan Persekutuan yang sekarang ini menerima mandat sepenuhnya daripada Melayu-Bumiputera mahu membetulkan semula keadaan dan menyingkirkan kesemua individu di dalam UDA Holdings yang tidak lagi membawa aspirasi sokongan Melayu-Bumiputera kepada kerajaan yang menyokong kewujudan mereka?

HARI INI DALAM SEJARAH : 
PELANCARAN RASMI PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (UDA)


Pada tahun 1971, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussein di Bilik Gerakan Negara, Kuala Lumpur. UDA ditubuhkan pada 1 September 1971 di bawah Akta Perbadanan Pembangunan Bandar, Akta Parlimen No. 46 tahun 1971. Antara tujuan utama penubuhan UDA adalah untuk memaju dan melaksanakan projek-projek di kawasan pembangunan bandar dalam bidang perdagangan dan perusahaan, perumahan dan lain-lain supaya dapat diagihkan secara sama rata dan adil bagi semua kaum. Selain itu UDA juga dipertanggungjawabkan untuk mengadakan program tindakan bagi menyusun semula masyarakat melalui pembangunan Bandar. Pada perasmian ini juga Perdana Menteri Tun Abdul Razak mengumumkan anggota perbadanan ini dengan Datuk Yakub bin Hitam sebagai pengerusi pertamanya. Pada 1 September 1996 UDA telah dikopratkan dan dikenali sebagai UDA Holdings Sdn. Bhd. Sesungguhnya pelancaran UDA, pada hari ini dalam tahun 1971, merupakan usaha-usaha perancangan awal kerajaan memodenkan orang-orang Melayu dan bumiputera di kawasan bandar, di samping menjadi penggerak utama usaha menjayakan Rancangan Malaysia Kedua dan Dasar Ekonomi Baru.

No comments:

Post a Comment