Tuesday, June 11, 2013

Runtuhan Dalam Pembangunan.

Malaysia yang sedang bergerak mencapai WAWASAN 2020 yang telah telah diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri keempat iaitu Tun Mahathir, Beliau mengilhamkan ketika membentangkan Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) pada tahun 1991 dalam usaha negara ke arah mencapai status negara maju.

Dalam mencapai status negara maju tentunya akan bertambah pula pembangunan, akan bertambah serta bercambahnya pembinaan dari bangunan 1 tingkat hingga ke bangunan pencakar langit, dari jambatan 1 tingkat menjadi ke jambatan yang di panggil persimpangan bertingkat.

Namun dalam Negara sedang mencabah pembangunan serta pembinaan jangan pula lupa untuk menkaji semula yang bakal berlaku seperti apa yang telah berlaku iaitu kejadian runtuhan bangunan dan Jambatan yang perlu di pandang serius oleh Negara, kerajaan dan semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan amanah serta tanggung jawab untuk melaksanakan pembangunan tersebut.

Mengambil iktibar dari kejadian-kejadian runtuhan Bangunan dan Jambatan yang telah berlaku, Negara, kerajaan dan semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan amanah serta tanggung jawab untuk melaksanakan pembangunan tersebut wajib mengambil langkah pro-aktif membuat beberapa kajian serta pendekatan terbaik bagi mengelakkan perkara ini berlaku, Semua pihak wajib bertanggung jawab serta bekerja sama mengambil berat isu keselamatan binaan bangunan dan Jambatan bagi mengelak kejadian runtuhan berulang kembali.

Justeru itu kerajaan dan pihak berkuasa berhak untuk membekukan dan menarik balik lesen kontraktor yang dilantik dengan serta-merta serta merta dan menahan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam pembinaan tersebut untuk siasatan, ini merupakan tindakan yang bijak di samping memastikan keselamatan, nyawa, kerugian dan nama baik kerajaan tidak dipertaruhkan.

Setiap kali kejadian runtuh berlaku pihak yang terlibat akan segera melakukan siasatan, namun selalunya tidak ramai mengambil tahu mengenai hasil siasatan kerana isu itu telah sejuk.

Sepatunya kejadian runtuhan baik bangunan yang telah lama dibina atau struktur yang sedang dalam pembinaan menjadi tauladan, hasil penyiasatan kejadian itu seharusnya menjadi panduan.

Dalam kebanyakkan kejadian runtuhan binaan yang dalam proses disiapkan adalah disebabkan kelemahan struktur asas,dalam hal ini kemungkinan kelemahan penyeliaan dan pemantauan oleh pihak profesional boleh menyumbang kepada kegagalan tersebut.

Selain itu pemantauan badan badan saperti Jabatan Keselamatan dan kesihatan pekerjaan juga boleh menyumbang kepada perlaksanaan projek yang lebih selamat.


Menurut Pakar Kejuruteraan, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah berkata “Pengurusan sesuatu projek perlu turut diteliti, ia bagi mengelak kehilangan nyawa baik pekerja mahupun orang awam, disamping memastikan projek itu sendiri tidak tergendala”. Menurutnyalagi terdapat tiga perkara utama yang harus diteliti secara mendalam ketika melaksanakan sesuatu projek pembinaan ia itu aspek teknikal, aspek persekitaran dan aspek pengurusan risiko.


Kejadian runtuhan di negara ini sebelum 1993 tidak begitu mendapat perhatian umum mungkin kerana tidak melibatkan runtuhan besar, tetapi pada 11 Dis.1993 negara dikejutkan dengan trgedi runtuhan Highland Tower yang mengorbankan lebih 40 orang .

Sejak itu kejadian runtuhan atau keretakkan struktur menjadi tumpuan, keretakan struktur leboh raya linkaran tengah MRR2 di ibu negara pada 2004 antara peristawa yang hangat diperkatakan, Malah ia memnjadi isu apabila retakkan berulang pada 2008.

Apa yang pasti, semua pihak perlu mengambil iktibar sewajarnya tentang kejadian runtuhan  untuk memastikan keyakinan rakyat tidak goyah dan terus menyokong pembangunan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan.

Diharap kejadian Runtuhan Jambatan Di Pulau Pinang itu adalah kejadian yang terakhir runtuhan strutur yang di bina oleh manusia di negara ini.


11 Disember 1993 Malaysia telah di kejutkan dengan tragedi runtuhan Highland Towers ianya berlaku iaitu 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu KlangSelangor. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.



28 Februari 2013 Malaysia sekali lagi di kejutkan dengan 1 runtuhan iaitu Sebuah Jambatan yang masih dalam pembinaan di Selangor Science Park 2 Interchange, antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya/Cyberjaya di Lingkaran Putrajaya, jambatan yang runtuh itu merupakan lebuh raya sambungan ke Putrajaya dan ia di bawah kawal selia PKNS. Walau bagaimanapun tiada laporan kemalangan jiwa kerana jambatan tersebut masih ditutup untuk kegunaan awam.


Kira-kira jam 7.15, 6 Jun 2013 Satu lagi kejutan buat negara iaitu Kejadian runtuhan Jambatan yang berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung. Runtuhan  itu adalah sekitar Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan. Difahamkan sekurang-kurangnya sebuah kereta dan motosikal tertimbus di bawah runtuhan. Dalam kejadian tersebut telah mengakibatkan seorang terbunuh apabila sebuah kereta Perodua Kelisa berwarna putih ditemui tertimbus dan  tiga orang mengalami kecederaan dua daripada mereka ialah pekerja asing. Seorang lagi yang dilaporkan cedera ialah wanita tempatan, akibat terkena serpihan runtuhan di bahagian tangan.








2 comments:

  1. Kes JAMBATAN runtuh ni semua berlaku dalam negeri dikuasai pembongkang.....

    ReplyDelete
  2. saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

    ReplyDelete