Wednesday, June 5, 2013

Panas Berapi..! APA LAGI ORANG MELAYU MAHU.


Kemenangan BN dalam PRU13 baru-baru ini banyak ditunjangi oleh kemenangan besar kerusi yang ditandingi UMNO dan peningkatan sokongan pengundi Melayu sehingga 70% kepada BN. Berdasarkan statistik kerusi parlimen yang ditandingi UMNO pada PRU-12 berjumlah 117 kerusi,UMNO sekadar memenangi 79 manakala pada PRU13 kali ini UMNO bertanding di 121 kerusi dan berjaya meningkatkan jumlah kerusi kepada 89.Selebihnya merupakan kerusi yang dimenangi oleh parti-parti komponen BN termasuk daripada Sabah dan Sarawak menjadikan kerusi yang dimenangi BN berjumlah 133 kerusi.



Kejayaan BN merampas Kedah daripada Pakatan Pembangkang (PP) membuktikan bahawa sokongan dan kepercayaan orang-orang Melayu di Kedah terhadap UMNO dan BN sudah kembali.Beberapa parlimen yang merupakan kubu kuat PAS dan PP di Kedah seperti Sik,Baling,Padang Terap,Pendang,Kulim-Bandar Bharu,Merbok dan Jerai berjaya dirampas kembali ke tangan UMNO selain mengekalkan parlimen yang dimenangi pada 2008. Dato' Sri Najib turut mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak akan tumbang walaupun sebahagian besar kaum cina menyokong pembangkang kerana BN terus mendapat sokongan kaum Melayu Bumiputera dan kaum India yang diterjemahkan dalam PRU13 sekaligus BN mendapat mandat untuk mentadbir negara.


Kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah telah meranapkan harapan bekas MB Johor,Dato' Abdul Ghani Othman untuk mewakili kawasan tersebut di Dewan Rakyat dan AIR SUAM mengkagumi pendirian Dato' Abdul Ghani kerana sebagai calon Melayu berani bertarung di tempat populasi tinggi pengundi Cina dan akhirnya pengundi Cina tetap tidak mahu memberi sokongan kepada calon Melayu.

Walau bagai manapun di Negeri Johor, kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah dan di tempat-tempat lain seperti di Kulai sedikit sebanyak disumbang oleh segelintir orang melayu dari pelbagai peringkat perkerjaan dan majikan, sektor SWASTA dan kakitangan Jabatan KERAJAAN.



AIR SUAM di sini nak cerita tentang melayu terutama sekali dari peringkat Kakitangan Jabatan KERAJAAN dan golongan PENDIDIK yang telah memberi undinya kepada Pembangkang dan DAP.Ye benar sekali.... Mengundi adalah tanggungjawab serta hak kita sebagai rakyat Malaysia. Ia adalah amalan demokrasi yang telah diamalkan di negara ini sejak kita mengecapi kemerdekaan. Namun tetapi dalam diri anda tidak ada kah sedikit perasaan kesedaran dan berterima kasih terhadap majikan anda iaitu KERAJAAN yang ada sekarang, yang memberi anda gaji untuk diri anda, orang lain, keluarga dan anak bini anda. 

Dimana keiklasan anda berkerja dan apa hukum dalam islam yang berkait antara majikan vs perkerja atau pemimpin. Sila rujuk link di bawah.


link a) : http://kemahilmu.blogspot.com/2011/02/bagaimana-islam-mengajar-kita-mentaati.html

       b) : http://www.mykmu.net/?p=20521
       c) : http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/2010/08/125-bagaimana-ahlus-sunnah-wal-jamaah.html


Sedarlah apa yang ada pada mereka iaitu Kakitangan Jabatan KERAJAAN dan golongan PENDIDIK dari jawatan rendah hingga ke jawatan paling tinggi adalah kerana Malaysia dari selepas MERDEKA telah melaksanakan DASAR melalui "kontrak sosial" dalam "Perlembagaan Persekutuan" dan hubungannya dengan Perkara 153 - Hak Istimewa Orang Melayu, kalau tiada ini semua jadi lah seperti negara Jiran Kita, Singapura yang kita boleh senaraikan berapa ramai orang melayu memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan.

Baik lah..... Bagi yang masih tidak nampak siapa Lim Kit Siang iaitu Tokey DAP dan konco-konconya, AIRSUAM ingin menjelaskan beberapa perkara pokok tentang DAP supaya orang Melayu boleh menilai sendiri untuk kita bersama terus menolak DAP  :-

1. Perlembagaan: Dari segi perlembagaan jelas menunjukkan DAP memperjuangkan ideologi sosialis. Ini amat bertentangan dengan Islam.

2. Malaysian Malaysia. Konsep menghilangkan identiti bangsa memang menjadi dasar perjuangan DAP. Mereka tidak mahu lagi rakyat dinegara ini mengenali diri mereka sebagai Melayu, Cina atau India. Tetapi sebaliknya semuanya berbangsa Malasia. Sekali lalu nampak macam tiak ada apa tetapi disebalinya mereka cuba mneghilangkan yang utamanya iedentiti Melayu. Dengan itu secara otomatiknya Islam yang ada pada orang Melayu dalam perlembagaan akan boleh dipertikaikan.
3. Memeperjuangkan Pluralisma. Jelas DAP amat beriman dengan konsep pluralisma ini iaitu menyamakan semua agama. Maka sebab itu bantuan diberikan kepada semua agama. Kedudukan semua agama juga diberi pengiktirafan dan layanan yang sama juga diberi pada semua agama.
4. Memperjuangakn Liberalisma. DAP juga amat kuat meperjuangakan liberlaisma yang mengutamakan kehendak manusia dan mengiktiraf kebebasan setiap individu dalam menentukan apa yang mereka ingin lakukan tanpa boleh digugat. Maka sebab itu LGBT dan yang seumpamnya boleh diterima oleh mereka sebagai sebahagian hak asasi manusia.
5. Menolak hukum Islam. Kenyataan membuktikan bahawa sudah beberapa kali pimpinan utama DAP menolak hukum Islam dan menyatakan bahawa PR tidak menjadikan perlaksanaan hukum Islam sebagai dasar perjuangan. Hujah yang mengatakan mereka semakin dekat kepada Islam adalah hujah yang sangat dangkal yang tidak ada bukti kukuh. Hanya mereka yang buta saja gagal untuk memahami sikap DAP ini.
6. Menghapuskan kuasa BUMIPUTRA dan segala DASAR sedia ada yang telah di bentuk oleh KERAJAAN  iaitu "kontrak sosial" dalam "Perlembagaan Persekutuan" dan hubungannya dengan Perkara 153 - Hak Istimewa Orang Melayu dan sekarang ini sudah mula dibangkitkan oleh pihak tertentu.

7. Serta banyak lagi perkara mengapa kita wajib menolak DAP.


AIRSUAM suka mengingatkan kepada golongan tersebut iaitu Kakitangan Jabatan KERAJAAN dan golongan PENDIDIK yang secara terbuka atau tersembunyi memihak kepada Pembangkang. Walaupun ini bukan petanda keseluruhan kakitangan Kerajaan terlibat, tetapi sekurang-kurangnya menunjukkan bahawa terdapat juga di kalangan mereka yang mempengaruhi orang lain untuk sama-sama membenci Kerajaan, sedang dalam masa yang sama mereka masih kekal sebagai kakitangan Kerajaan, menerima gaji dan imbuhan dari Kerajaan serta menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan.


Ingatan AIRSUAM kepada PEGAWAI,KAKITANGAN KERAJAAN dan PENDIDIK di negeri

Johor. Tumpuan kami kepada :
1. Jabatan Agama Islam Negeri dan Daerah.
2. Semua Warga Pendidik di semua pusat pembelajaran Kerajaan.
3. Semua Majlis Daerah.
4. Semua yang makan gaji dengan Kerajaan.

Difahamkan: Yang PRO Pembangkang mempunyi prestasi yang sangat teruk di tempat kerja, mengalami pelbagai masalah di tempat kerja, mereka-mereka ini yang merosakan nama baik Jabatan Kerajaan dan Golongan Pendidik Kerajaan. Ketahuilah  tingkah laku anda sedang diperhatikan  untuk di war-warkan.


Ingatan AIRSUAM sekali lagi :

Kepada semua PEGAWAI,KAKITANGAN KERAJAAN dan PENDIDIK yang memilih untuk terus kekal di dalam perkhidmatan kerajaan, hendaklah terus menyokong dan memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan yang memerintah hari ini.

Namun setelah memahami dan mengetahui kesan-kesan negatif dari penentangan tersebut, jika sokongan kepada kerajaan hari ini tidak dapat diberikan, jika taat setia tidak lagi dapat dihayati dan jika persefahaman dalam dasar atau dengan pemimpin sudah tidak wujud lagi, maka langkah yang terbaik yang terbaik yangTERHORMAT dan BERMORAL ialah dengan MELETAK JAWATAN, 
MELETAK JAWATAN, MELETAK JAWATAN, MELETAK JAWATAN, MELETAK JAWATAN, MELETAK JAWATAN, MELETAK JAWATAN, MELETAK JAWATAN, MELETAK JAWATAN.


Atas dasar prinsip dan etika perkhidmatan, tinggalkan lah perkhidmatan kerajaan! Biarlah mereka yang masih yakin dengan kerajaan yang ada pada hari ini, yang jelas mengikut prestasi selama 56 tahun memartabatkan bangsa Melayu, terus berkhidmat untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai ini!









No comments:

Post a Comment